?

Nota Dari Kelas Agama

Hidupkan hati yang mati dengan ilmu.

Name:
Cik Yana (Kak Su)
External Services:
  • yana_12c@yahoo.com
  • Cik Yana
  • kalam_insani@livejournal.com
Freebies Doodle Muslimah Berkaca Mata Hitam.png

Seorang yang sedang menghabiskan sisa-sisa hidupnya menumpang di atas muka bumi ALLAH yang menakjubkan ini. Menulis apa yang dipelajari untuk berkongsi ilmu yang sedikit ini sebagai satu cara berdakwah. Mudah-mudahan apa yang ditulis dapat memberi manfaat bagi yang membaca dan bagi diri penulis sendiri.

Semoga diberi kemudahan dalam kesihatan dan masa untuk terus menulis. Insya-ALLAH.

Tiada apa yang akan ku bawa pulang ke kampung akhiratku melainkan tauhidku kepadaMU ya ALLAH dan amal ibadahku yang amatlah sedikit serta akhlakku yang kurang sempurna ini. Mudah-mudahan apa yang ku tulis dalam blog ini dapat menambah pahala amalku dan memberatkan timbanganku di Masyar kelak. Terimalah doa hambaMu yang lemah ini, ya ALLAH.

Amiin. Ya Rabbal 'Alamin.



Nota Dari Kelas Agama adalah catitan-catitan yang sempat dicatit semasa menghadiri kelas agama mingguan di Masjid Jamiyah ar-Rabitah. Kelas adalah terbuka percuma kepada sekelian Muslimah yang berminat untuk menambah ilmu agama fardu a'in.

Guru pengajar - Ustazah Habsah Senin
Waktu - Setiap Hari Ahad jam 9.30 pagi
Tempat - Masjid Jamiyah ar-Rabitah Tiong Bahru Road.

Subjek-subjek yang dipelajari:
1) Ilmu Tauhid
2) Ilmu Fiqh
3) Akhlak dalam Islam
4) Akidah / Bab Iman
5) Aqoidul iman
6) Ilmu Faraid
7) Haji & Umrah
8) Ilmu Hadith
9) Ulum Qur'an
10) Tafsir Qur'an

Sekelian Muslimah dipersilakan hadir.

IMG_20160508_105133.jpg


Terima kasih kepada guruku, Ustazah Habsah Senin yang telah banyak memberi ilmu kepada ribuan muridnya. Semoga ALLAH mencucuri RahmatNYA dan diberi kesihatan untuk Ustazah terus mengajar kami. Insya-Allah. Amin.



Dalam kenangan:-
1) Emak tersayang Simah Binte Sahid.
Insan mulia yang telah menumpangkan aku di rahimnya kemudian bersabung nyawa melahirkan aku ke dunia ini.

2) Kampung Ellis Road
Kampung kecilku yang menyimpan kenangan manis dan akan sentiasa hidup di hatiku ini.

3) Sekolah Melayu Tanglin Besar
Tempat pertama aku kenal erti ilmu.

4) Sekolah Melayu Tanglin Tinggi
Tempat pertama yang mengajar aku erti berdikari.

5) Block 3 Holland Close
Tempat yang dipenuhi kenangan sedih, menamatkan zaman remajaku dan mendewasakan diri ini sebelum masanya.

Kesemua 5 perkara ini telah pun tiada. Namun kenangan bersama tetap segar hingga ke akhir hayatku.

Adakah sesiapa yang mengenali 5 perkara di atas?



Karya Pena Kalam Insani

Di sebalik tabir malam
ku mencari rahsia Mu
di celah taburan bintang
ku intai kelibat Mu

Ku ungkap yang tiada terlerai
melihat sang purnama berpayungan
pawana menderu sayu
memalit wajahku ke timur barat

Ku mendengari suara Mu
gemersik syahdu, merdu mendayu
mengguris rindu
qalbu sepiku

untaian rantai berkalungan
menghiasi bibir hamba-hamba Mu
di tujuh tingkatan langit
di tujuh lapisan bumi
bertasbih, bertahmid, bertakbir
berzikir sekeliannya

Di sebalik kabus subuh
ku perhatikan gerak Mu
tiada diam
tiada henti
meliputi yang maujud
merangkuli yang ghaib

Dari alam buana ke Baitulizza
ke bawah Arasy, Sidratulmuntaha
ku melihat ciptaan Mu
perbendaharaan tanpa batas
mengisi ruang dan waktu
rahsia Mu dimana-mana
tanpa dasar, tanpa bilangan
walau ku cari dan ku gali
hingga ke azali
tiada jua ku temui.




Munajatku

YA ALLAH,
IZIN KAN AKU MENCINTAI MU.
IZIN KAN AKU MENCINTAI ORANG YANG MENCINTAI MU.
IZIN KAN AKU MENCINTAI PERKARA-PERKARA YANG MEMBAWA KU MENCINTAI MU.

Amiin. Ya Rabbal'alamin.

Free counters!

Terima Kasih.
bersendirian, bertafakur, computer, fauna, flora, ilmu alam, ilmu sains, membaca, menanam pokok, mengaji, mengkaji al-quran, menjahit, menulis

Statistics