Kalam Insani (kalam_insani) wrote,
Kalam Insani
kalam_insani

Maksiat Batin - Ujub

28 JAMADILAKHIR 1439 HIJRAH

Erti ujub ialah merasa hairan pada kelebihan diri sendiri. Rasa hairan itu menjurus kepada perasaan bangga bahawa dirinya mempunyai kelebihan tersebut. Ujub adalah penyakit hati yang tersembunyi dan tidak dapat dilihat orang lain. Ia berbeza dengan takabbur kerana takabbur adalah dengan niat menunjuk-nunjuk kelebihan dirinya samada dengan kata-kata atau perbuatan. Orang yang ujub tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk tetapi hanya merasa dirinya sudah lebih baik dari orang lain.

Dari sebuah hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Imam Al-Thabrani, yang bermaksud; "Bermula 3 perkara yang akan membinasakan (merosakkan) orang yang melakukan; kikir yang diikut-ikut, nafsu yang diturut-turut dan ujub seseorang akan dirinya."

Dan kata-kata Ibnu Maso'd ra. bahawa bermula binasanya manusia ialah apabila dia putus-asa dari rahmat Allah dan dia ujub akan dirinya sendiri.

Jelaslah sifat ujub adalah sifat buruk yang membawa kesan yang amat buruk juga kepada yang empunya diri.

Sebab sifat ujub dilarang ialah kerana apabila orang ujub akan dirinya dia sebenarnya lupa bahawa apa pun yang ada pada dirinya adalah kurnia dan nikmat dari Allah swt semata-mata. Walaupun dia yang usahakan sesuatu untuk dirinya tetapi dia menggunakan apa yang dikurnia Allah kepadanya seperti akal dan tubuh yang sihat. Tanpa akal manusia tidak akan mampu melakukan apa-apa. Manusia sepatutnya merasa semakin rendah diri bila semakin banyak nikmat dan kelebihan yang diperolehi bukan merasa ujub atau takabbur. Orang yang beriman akan ingat bahawa segala nikmat dan kelebihan yang diberi Allah itu adalah satu istidraj (umpan) untuk menguji akan dirinya. Orang beriman akan menjadi lebih tawaduk (merendah diri) bila semakin banyak nikmat dan kelebihan yang diperolehinya. Dia akan menjadi semakin takut kepada Allah kerana bimbang akan menjadi ujub dan takabbur.

Perkara-perkara yang boleh mendatangkan rasa ujub:-
1) elok paras rupanya
2) suaranya yang merdu
3) darjat keturunan yang baik
4) banyak harta
5) kedudukan yang berpengaruh (ramai pengikut)
6) akalnya cerdas dan bijak
dan bermacam-macam lagi.

Untuk menjauhi dari sifat ujub ini, hendaklah kita sentiasa ingat bahawa semua adalah dari Allah swt dan Allah boleh mengambil apa jua yang diberi kepada kita pada bila-bila masa sahaja yang Dia kehendaki. Tanamkan sifat bersyukur dan reda dengan apa yang ditentukan Allah untuk kita dan selalulah ucapkan "Alhamdulillah".

Wallahu'alam.


Like this post?

Thank you for reading.
Tags: maksiat batin
Subscribe

Posts from This Journal “maksiat batin” Tag

  • Maksiat Batin - Takabbur

    30 JAMADILAWAL 1439 HIJRAH Erti takabbur atau sombong itu ialah menilai diri sendiri lebih baik dan lebih sempurna dari orang lain serta menolak…

  • Maksiat Batin - Hubbul Jah

    17 RABIULAKHIR 1439 HIJRIAH Hubbul jah atau cintakan kemegahan adalah salah satu dari sifat mazmumah iaitu sifat-sifat terkeji yang dibenci Allah.…

  • Maksiat Batin - Kikir (Bakhil)

    15 RABIULAWAL 1439 HIJRAH Kikir atau bakhil atau kedekut adalah salah satu dari maksiat batin yang dilarang Allah. Sifat kikir letaknya di dalam…

Comments for this post were disabled by the author