yana2014

Hadith-Hadith Pendek (2)

22 RAMADAM 1431

1) JANGAN MARAH
Marah adalah perasaan semulajadi bagi manusia. Tetapi ia juga merupakan satu sifat batin yang dianggap buruk dan boleh meninggalkan kesan pada kesihatan seseorang. Orang yang pemarah akan senang didatangi penyakit tekanan perasaan yang mana akan menyebabkan tekanan pada perjalanan darahnya dan akhirnya akan mudah mendapat serangan jantung. Maka sangat tepat hadith Rasulullah saw ini mengajar kita supaya jangan lekas marah. Seorang yang dipanggil Mukhsin ialah orang yang dapat menahan marah.

Cara-cara mengawal marah:-


  • jika sedang berdiri maka duduklah

  • jika sedang duduk maka baringlah

  • ambil wuduk supaya dapat sejukkan hati

  • jauhi orang yang membuat kita marah


2) BERI KEMAAFAN NESCAYA DIMAAFKAN ENGKAU
Ganjaran orang yang memaafkan orang lain akan diterima semasa di dunia lagi iaitu dia juga akan senang dimaafkan orang.

Cara memaafkan orang:-

  • lafazkan untuk memaafkan

  • berdoa kepada ALLAH supaya dibukakan hati untuk memaafkan orang

3) ILMU ADALAH UNTUK DIPELAJARI
Ada dua tahap dalam mempelajari sesuatu ilmu itu.
Tahap pertama ~ masukkan ilmu ke dalam otak (memahami)
Tahap kedua     ~ untuk dikeluarkan dari otak (mengajar / kongsi)

Semua ilmu adalah mutlak milik ALLAH saw, samada ilmu yang baik mahupun yang jahat. Ini adalah sebagai ujian bagi manusia. Dalam Islam tiada perpisahan antara ilmu dunia dan ilmu akhirat. Yang membezakannya adalah penggunaan ilmu itu di tangan manusia.

Cara terbaik untuk menyimpan ilmu dan menyebarkannya adalah melalui tulisan. Ilmu yang tidak dipelihara pasti akan dilupakan akhirnya.

4) PENYAKIT ILMU ADALAH LUPA
Adalah amat benar sifat lupa manusia akan membinasakan ilmu yang telah dipelajari. Maka peliharalah ilmu yang telah diperolehi dengan menulisnya sebagai bahan rujukan.


Like this post?

Thank you for reading.
Tags: