daun keladi ungu

Sifat Mustahil Allah - Karaahah

12 ZULKAEDAH 1438 HIJRAH

Sifat mustahil Allah adalah sifat-sifat yang wajib ditolak dari Diri Allah. Sifat mustahil adalah sifat yang berlawanan atau yang bertentangan dengan sifat-sifat yang wajib kita isi dalam Diri Allah. Sifat mustahil Allah adalah sifat-sifat kekurangan. Sifat kekurangan adalah sifat makhluk kerana Allah itu Maha Sempurna dari memiliki apa jua kekurangan. Jika Allah ada sifat mustahil dalam DiriNya, ertinya Allah adalah sama dengan makhluk. Samakan Allah dengan makhluk adalah syirik.

Sifat Mustahil Allah - Karaahah

Karaahah ertinya terpaksa. Sifat mustahil karaahah bagi Allah bermaksud Allah itu terpaksa atau dipaksa melakukan sesuatu. Bila Allah bersifat karaahah ertinya Allah tidak ada kehendak Nya sendiri. Ini adalah mustahil kerana Allah wajib bersifat iradah iaitu berkehendak.

Setiap yang terjadi atau yang tidak terjadi di alam semesta ini adalah atas kehendak Allah semata-mata. Allah kehendak menjadi alam atau tidak menjadikan alam. Maka wujudnya alam ini adalah harus iaitu boleh ada atau boleh tidak ada. Tiada sesiapa yang boleh paksa Allah untuk jadikan alam atau tidak menjadikan alam. Semua yang selain Allah adalah makhluk. Allah adalah Esa (tunggal) satu-satunya ilaaha (Tuhan yang wajib disembah dan ditaati) yang Maha Berkuasa (Qudrah) atas Kehendak (Iradah) Nya sendiri.

Dalam fahaman ilmu tauhid, Allah bersifat karaahah ialah apabila diiktikadkan dalam hati bahawa:-
1) Allah ada maka alam pun ada.
Iktikad ini adalah salah kerana ia bermaksud Allah wajib menjadikan alam - Allah ada maka alam mesti ada. Hakikat sebenar ialah alam ada kerana kehendak Allah semata-mata. Allah tidak perlu kepada alam. Allah tetap wujud dan tetap berkuasa walau alam tidak dijadikan. Adanya alam adalah harus dalam hukum tauhid iaitu harus ia ada dan  harus ia tidak ada. Allah tidak terpaksa jadikan alam dan tidak ada yang boleh paksa Allah untuk jadikan alam.

2) Allah mencipta alam kerana tabiat (sifat) Tuhan adalah mencipta.
Ertinya Allah mencipta alam bukan atas kehendakNya sendiri tetapi sudah menjadi tabiat atau sifat Tuhan itu mencipta maka Allah terpaksa mencipta alam ini. Iktikad ini adalah salah kerana Allah berkuasa penuh atas apa yang dikehendakiNya sama ada mahu mencipta atau tidak mahu mencipta sesuatu.

3) Allah mencipta alam untuk wujud dan berkuasa.
Ertinya Allah terpaksa mencipta alam supaya dapat wujud dan dapat berkuasa. Jika Allah tidak mencipta alam, Allah tidak dapat wujud dan tidak boleh berkuasa. Iktikad ini adalah salah kerana Allah wajib bersifat kiamuhu binafsihi iaitu berdiri dengan sendiriNya. Allah tidak perlu kepada sesuatu untuk wujud kerana Allah bersifat Qidam (sedia adaNya). Allah bersifat ketuhanan iaitu terkaya di seluruh alam. Seluruh alam berhajat kepada Allah. Allah tidak berhajat kepada alam. Apabila seluruh alam dimatikan (kejadian kiamat), hanya Zat Yang Maha Suci Allah swt yang akan terus berdiri, hidup dan berkuasa atas segalanya.

Allah wajib bersifat Iradah (kehendak). Segala yang ada dan yang tidak ada adalah atas kehendak Allah semata-mata. Apa yang dikehendaki Allah akan dikuasai Nya. Kun Fayakun. Ertinya Kun (kehendak Allah) maka akan Fayakun (dikuasai atau dijadikan Allah). Maka wajib tolak sifat mustahil Karaahah dari Diri Allah kerana Allah wajib bersifat Iradah dan mustahil bersifat Karaahah.



Like this post?


Thank you for reading.

Posts from This Journal by “sifat mustahil” Tag

  • Sifat Mustahil Allah - Al-Jahlu

    27 ZULKAEDAH 1438 HIJRAH Erti al-jahlu ialah bodoh. Apakah Allah bersifat bodoh? Bodoh ertinya tidak tahu atau tidak ada ilmu. Apakah Tuhan yang…

  • Sifat Mustahil Allah - Al-'Ajzu

    25 SYAWAL 1438 HIJRAH Yang dimaksudkan dengan Allah bersifat al-'ajzu ialah Allah bersifat lemah. Sifat al-'ajzu atau lemah adalah sifat…

  • Sifat Mustahil Allah - Taa'dud

    9 SYAWAL 1438 HIJARH Sifat mustahil Allah adalah sifat-sifat yang wajib ditolak dari Diri Allah. Sifat mustahil adalah sifat-sifat kekurangan.…