bunga air pink

Sifat Mustahil Allah - Taa'dud

9 SYAWAL 1438 HIJARH

Sifat mustahil Allah adalah sifat-sifat yang wajib ditolak dari Diri Allah. Sifat mustahil adalah sifat-sifat kekurangan. Sifat kekurangan adalah sifat makhluk. Allah tidak boleh sama dengan makhluk. JIka tidak ditolak sifat-sifat mustahil dari Diri Allah ertinya kita telah samakan Allah dengan makhluk. Samakan Allah dengan makhluk adalah syirik.

Sifat Mustahil Allah - Taa'dud

Erti taa'dud ialah berbilang-bilang atau lebih dari satu.
Mengatakan bahawa Allah itu bersifat berbilang-bilang samalah seperti mengatakan bahawa Allah tidak esa atau tidak tunggal (satu). Iktikad bahawa Allah itu berbilang-bilang adalah seperti berikut:-

1) Zat Allah berbilang-bilang.
Menyatakan Zat Allah berbilang-bilang ertinya mengatakan bahawa Zat Allah itu tersusun dari sesuatu.

Jika Zat Allah tersusun dari sesuatu ertinya Allah itu dijadikan dari sesuatu. Sedangkan Diri Allah itu tidak dijadikan dan tidak dari sesuatu. Allah bersifat Qidam sedia adanya tanpa ada permulaan. Setiap yang ada permulaan adalah dijadikan. Setiap yang dijadikan adalah makhluk. Maka mengatakan Zat Allah berbilang-bilang ertinya menyamakan Allah dengan makhluk. Ini adalah mustahil bagi Allah. Menyamakan Allah dengan makhluk adalah syirik.

Maka wajib tolak sifat taa'dud dari Diri Allah kerana Zat Allah tidak dari sesuatu dan tiada yang boleh menyamai Zat Allah.

2) Sifat Allah berbilang-bilang.
Menyatakan sifat Allah berbilang-bilang ertinya mengatakan bahawa sifat Allah juga ada pada yang lain selain Allah.

Sifat Allah adalah sifat ketuhanan yang hanya layak ada pada Tuhan yang layak disembah (ilaaha). Sifat ketuhanan adalah sifat terkaya di seluruh alam dan seluruh alam berhajat kepadaNya. Yang selain Allah adalah makhluk. Jika sifat Allah berbilang ertinya sifat Allah ada juga pada makhluk. Ini adalah mustahil kerana menyamakan sifat Allah dengan sifat makhluk adalah syirik.

Maka wjajib tolak sifat taa'dud dari Sifat Allah kerana Sifat Allah tidak boleh ada pada yang lain dan tiada yang boleh menyamai sifat Allah.

3) Perbuatan Allah berbilang-bilang.
Menyatakan perbuatan Allah berbilang-bilang ertinya mengatakan bahawa Allah perlu kepada pertolongan atau perkakas dalam perbuatanNya.

Jika Allah perlu kepada sesuatu pertolongan atau perlu perkakas dalam perbuatanNya, ertinya perbuatan (cara Allah mencipta) itu adalah sama seperti makhluk. Ini adalah mustahil bagi Allah kerana Allah mencipta dengan Qudrah dan Iradah Nya. Tiada yang berlaku melainkan dengan kekuasaan dan kehendak Nya jua. Apa yang dikehendaki Allah akan dikuasai tanpa perlu kepada bantuan, perkakas atau alat. Allah melakukan sesuatu hanya dengan KUN (jadilah) maka akan FAYAKUN (jadilah ia).

Maka wajib tolak sifat taa'dud dari perbuatan Allah kerana tidak ada yang boleh menyamai perbuatan Allah.

Allah tidak boleh bersifat taa'dud (berbilang-bilang) kerana Allah wajib bersifat wahdanniyyah iaitu esa atau tunggal (satu). Allah esa pada Zat, Sifat dan Perbuatan. Tidak ada yang boleh menyaingi atau menyamai Zat, Sifat dan Perbuatan Allah. Menyatakan Allah bersifat taa'dud ertinya kita telah menyamakan Allah dengan yang lain (makhluk). Samakan Allah dengan makhluk adalah syirik.

Sesungguhnya Allah wajib bersifat Wahdanniyyag (Esa) dan mustahil Allah bersifat Taa'dud (berbilang-bilang).



LIke this posf?

Thank you for reading.

Recent Posts from This Journal

  • Sifat Harus Bagi Allah

    26 SAFAR 1439 HIJRAH Sifat Harus (Jaiz) ertinya sifat yang tidak wajib ada pada Diri Allah dan tidak pula mustahil ada pada DiriNya. Sifat Harus…

  • Sifat Mustahil Kaunuhu Allah

    10 SAFAR 1439 HIJRAH Sifat-sifat Allah tidak boleh dipisahkan dari Zat Allah. Kesemua sifat 20 yang wajib bagi Allah terletak pada Zat Allah.…

  • Sifat Mustahil Allah - Al-Bakamu

    25 MUHARAM 1439 HIJRAH Sifat mustahil bagi Allah adalah sifat-sifat yang wajib ditolak dari Diri Allah. Sifat mustahil menguatkan lagi sifat wajib…