bunga air merah

Sifat Mustahil Allah - Muma Tsalatu Lilhawadits

17 SYAABAN 1438 HIJRAH

Diri Allah tidak boleh ada sifat-sifat mustahil. Wajib menolak sifat-sifat mustahil ini dari Diri Allah dan jangan sekali-kali lintaskan di dalam hati bahawa sifat-sifat mustahil ini ada pada Diri Allah.

Sifat-sifat mustahil adalah sifat-sifat kekurangan. Sifat kekurangan adalah sifat makhluk. Jika Allah ada sifat-sifat mustahil ini ertinya Allah ada sifat kekurangan. Jika Allah ada sifat kekurangan ertinya Allah sama dengan makhluk. Ini adalah mustahil dan tertolak. Menyamakan Allah dengan makhluk adalah syirik.

Sifat Mustahil Allah - Muma Tsalatu Lilhawadits.
Ertinya bersamaan dengan yang baharu. Ini adalah sifat mustahil bagi Allah. Allah tidak boleh sama dengan yang baharu kerana Allah wajib bersifat Mukhalafatuhu Lilhawadits.

Mukhalafatuhu Lilhawadits ertinya bersalahan dengan yang baharu. Allah wajib bersalahan (tidak sama) dengan yang baharu.

Apakah itu yang baharu?

Setiap yang kena jadi (dijadikan) itu adalah baharu. Apabila sesuatu itu ada permulaan (mula-mula tidak ada kemudian menajdi ada) itu adalah baharu. Setiap yang ada akhirnya (dari ada menjadi tidak ada) itu adalah baharu. Seluruh alam adalah baharu. Alam nyata dan alam ghaib adalah baharu. Semua yang dijadikan adalah baharu. Semua yang dijadikan adalah makhluk. Maka semua makhluk adalah baharu. Allah tidak boleh sama dengan makhluk di dunia dan makhluk di akhirat.

Jika Allah bukan makhluk maka Allah bukan baharu.

Allah tidak boleh sama dengan makhluk (baharu) dalam 3 perkara:-
1) Tidak boleh sama pada Zat.
Zat Allah tidak boleh sama dengan zat makhluk (baharu).  Zat Allah tidak berjisim (mass), tidak tersusun dari sesuatu, tidak beraradh (bentuk) dan tidak berjirim.

Erti jirim - ambil ruang atau tempat.
Jirim adalah tanda baharu. Allah tidak boleh ada tanda-tanda ini:-
a) boleh dilihat (ambil tempat di mata)
b) boleh didengar (ambil tempat di telinga).
c) boleh dihidu (ambil tempat di hidung).
d) boleh dirasa (ambil tempat di kulit dan hati).

Jika sesuatu mendatang pada kita dan mempunyai salah satu tanda ini, itu adalah makhluk (baharu) bukan Allah. Wajib di tolak dengan lafaz Laa ilaaha illallah.

2) Tidak boleh sama pada Sifat.
Sifat-sifat Allah tidak boleh sama dengan sifat-sifat makhluk. Sifat-sifat Allah adalah sifat-sifat ketuhanan. Sifat ketuhanan adalah sifat yang terkaya di sekelian alam dan sekelian alam berhajat kepadanya. Makhluk mempunyai sifat-sifat kekurangan. Maka tidak boleh sama sifat Allah dengan sifat makhluk.

3) Tidak boleh sama pada perbuatan.
Perbuatan Allah tidak boleh sama dengan perbuatan makhluk. Perbuatan Allah adalah esa. Iaitu Allah tidak perlu kepada seuatu atau bantuan atau pertolongan dalam perbuatanNya. Allah mencipta sesuatu dengan Qudrah (kuasa) dan Iradah (kehendak) Nya. Apa yang dikehendaki Allah akan terjadi dengan kekuasaanNya. Kun Fayakun. Jadilah maka jadilah ia.

Maka hendaklah tetapkan iktikad kita terhadap Allah dengan menolak sifat mustahil Muma Tsalatu Lilhawadits dari Diri Allah. Allah wajib bersifat Mukhalafatuhu Lilhawadits (bersalahan dengan yang baharu) dan mustahil bersifat Muma Tsalatu Lilhawadits (bersamaan dengan yang baharu).



Like this post?

Thank you for reading.

Posts from This Journal by “sifat mustahil” Tag

  • Sifat Mustahil Allah - Thuruwul 'Adam

    4 SYAABAN 1438 HIJRAH Sifat mustahil bagi Allah ialah sifat-sifat yang tidak boleh ada pada Diri Allah dan yang tidak boleh dilintaskan dalam hati…

  • Sifat Mustahil Allah - Hudus

    19 REJAB 1438 JIJRAH Sifat-sifat mustahil Allah adalah sifat-sifat yang wajib ditolak dari pada Diri Allah. Tidak boleh ada walaupun sedikit…

  • Sifat Mustahil Allah - 'Adam

    10 REJAB 1438 HIJRAH Erti 'Adam ialah tidak ada. Allah mustahil bersifat 'Adam ertinya mustahil Allah itu tidak ada. Sifat 'Adam…