raya putih

Tanda-Tanda Besar Hari Kiamat

24 JAMADILAKHIR 1433 HIJRIAH

Apabila muncul tanda-tanda besar Hari Kiamat itu bererti ia akan terjadi tidak lama lagi. Urutan tanda-tanda besar ini tidaklah mengikut susunan. Tiada siapa yang tahu apakah tanda besar yang akan muncul dahulu dan apa pula yang akan muncul kemudian. Tiada penerangan yang terperinci mengenainya samada di dalam al-Quran mahupun dari hadith Nabi saw.

Dan apabila tanda-tanda besar ini muncul, maka tertutuplah semua pintu taubat bagi manusia. Maka hendaklah kita berwaspada mulai dari sekarang.

TANDA-TANDA BESAR HARI KIAMAT


1) Diangkat Huruf al-Quran
Erti huruf al-Quran diangkat ialah huruf-huruf di dalam kitab suci al-Quran akan hilang. Ada 2 pendapat mengenai hilangnya huruf al-Quran ini.

Pengertian Pertama
Huruf-huruf al-Quran memang benar-benar hilang dari mashafnya. Kitab suci al-Quran akan menjadi kosong dari segala huruf.

Pengertian Kedua
Al-Quran hilang dari amalan manusia. Sebelum hilangnya al-Quran dari hidup manusia, akan ada tanda-tandanya terlebih dahulu. Iaitu ramai penghafal al-Quran akan meninggal dunia tanpa ada penggantinya. Manusia akan jauh dari al-Quran kerana tidak lagi fasih membacanya dan tiada yang boleh mengajarnya. Akhirnya akan sampai ke satu peringkat di mana tiada seorang manusia pun yang boleh membaca al-Quran. Di saat inilah al-Quran akan diangkat iaitu hilang kerana tidak diperlukan manusia lagi.

2) Manusia tidak mengerti kalimah  ﻻﺍﻠﻪ ﺍﻻ ﺍﷲ
Ertinya manusia sudah tidak lagi mengenal ﺍﷲ . Manusia tidak lagi tahu untuk menyebut dan memahami erti kalimah tauhid dan kalimah syahadah. Keimanan telah lenyap dari hati mereka.

3) Keluar Dajjal
Terdapat 2 huraian mengenai siapakah itu Dajjal. Pertama, Dajjal adalah seorang manusia yang bermata satu. Kedua, Dajjal merupakan satu kumpulan, persatuan dan sebagai yang sepertinya yang mempunyai sifat-sifat Dajjal.

Apakah sifat-sifat Dajjal?
Sifat Dajjal ada satu sahaja iaitu perosak. Tugas Dajjal adalah untuk merosakkan agama Islam dengan mempengaruhi manusia supaya mengikut jalannya.  Dajjal akan berusaha untuk menjauhkan manusia dari ajaran agama yang benar.

4) Matahari Terbit Dari Barat
Satu pendapat mengatakan pada saat akhir sebelum terjadinya kiamat, matahari akan terbit seperti biasa iaitu dari arah timur. Kemudian matahari itu berhenti di tengah-tengah laluannya iaitu ketika hampir tengahari. Waktu berhentinya matahari inilah pintu taubat ditutup bagi manusia. Matahari itu kemudiannya berpatah balik lalu terbenam dari tempatnya terbit iaitu arah timur. Seterusnya matahari akan terbit dari barat dan terjadilah kiamat itu. Wallahualam. Hanya
ﺍﷲ  yang Maha Mengetahui.

5) Keluar Binatang Dari Bumi (
ﺩﺍﺑﻪ ﺍﻻﺭﺽ )
Akan keluar seekor binatang dari bumi yang boleh berkata-kata dengan manusia. Tiada penjelasan yang terperinci dari al-Quran dan Hadith tentang bagaimana rupa, ukuran mahu pun nama binatang itu.

Firman ALLAH dalam surah al-Naml ayat 82, yang bermaksud; "Dan apabila sampai masanya hukuman atas manusia, KAMI keluarkan untuk mereka sejenis binatang dari bumi, yang akan menyatakan kepada mereka, bahawa manusia sudah tidak menyakini ayat-ayat keterangan dan pengajaran KAMI".

6) Keluar Ya'juj Dan Ma'juj
Ya'juj dan Ma'juj adalah makhluk yang wujud dan hidup pada zaman Nabi Zulkarnain. Al-Quran menceritakan bagaimana Nabi ALLAH Zulkarnain berjaya mengurung Ya'juj dan Ma'juj di sebuah tempat yang kukuh. Ini kerana Ya'juj dan Ma'juj kerjanya hanya mengganggu dan memusnahkan kehidupan manusia. Adakah makhluk Ya'juj dan Ma'juj dari zaman Nabi Zulkarnain ini akan terlepas lalu melakukan kerosakan di muka bumi ini apabila Hari Kiamat telah dekat? Wallahualam. Hanya 
ﺍﷲ  Yang Maha Mengetahui. Surah 18 al-Kahfi ayat 92 - 99.

7) Turunnya Nabi Isa as.
Seperti apa yang kita ketahui,
ﺍﷲ  telah mengangkat Nabi Isa as. ke langit. Sebelum terjadinya Hari Kiamat kelak, Nabi Isa as akan diturunkan kembali ke bumi untuk menegakkan agama Islam. Nabi Isa as, akan membunuh semua binatang babi dan orang-orang kafir. Semua maksiat yang bermaharajalela akan dihapuskan lalu baginda akan menegakkan Kalimah Tauhid dan Kalimah Syahadah.

8) Kedatangan Imam Mahadi
Siapakah Imam Mahadi? Apakah bangsanya? Keterangan tentang diri Imam Mahadi juga tidak terdapat dalam al-Quran mahupun dari Hadith Nabi saw. Walaupun begitu, ada pendapat yang mengatakan bahawa Imam Mahadi dan Nabi Isa as. akan bersama-sama menghapuskan segala kekufuran dan kerosakan akhlak yang telah melanda umat manusia pada masa itu. Mereka berdua akan menegakkan kembali syiar Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Wallahulam. Hanya
ﺍﷲ  Yang Maha Mengetahui.

Butterfly In Purple Divider for Orkut
Like this post?

Thank you for reading.
Reply
Tunggu dan buat persediaan. Setiap manusia akan menghadapi hari kiamat masing-masing iaitu hari kematian diri sendiri.

Edited at 2015-03-04 09:35 am (UTC)
(Anonymous)
ye x ye jugak, pak pak arab semua tahu baca al quran,bila nak kiamat..yg x tahu baca al quran,org india,china,australia dah banyak lagi,sebab al quran bukan bahasa mereka,al quran bahasa orang arab,x hairanlah budak kecik arab boleh baca al quran...
(Anonymous)
surah al mulk ada 30ayat sahaja..
Reply
Terima kasih kerana menegur kesilapan saya. Yang dimaksudkan ialah surah an-Naml ayat 82.

Edited at 2015-03-04 09:35 am (UTC)
Reply
Pertama sekali, cerita perihal dajjal ini tidak ada sama sekali dalam kitab suci al-Qur'an. Ia hanya berdasarkan pada hadith-hadith Rasulullah saw. Contohnya Imam Bukhari meriwayatkan dari Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah saw melihat dajjal dalam mimpi. Baginda menggambarkan dajjal itu seorang yang berbadan besar, berkulit kemerahan, rambutnya kerinting, buta sebelah matanya dan matanya yang satu lagi adalah seperti sebiji anggur yang menonjol...

Sebenarnya tentang siapakah itu dajjal dan dari mana ia akan muncul di atas muka bumi ini masih lagi menjadi perbincangan di antara ramai ulamak dan cerdik pandai ugamawan di seluruh dunia. Beberapa perkara yang sering dikaitkan dengan dajjal ini ialah ia adalah makhluk perosak dan pembawa satu fitnah besar kelak di akhir zaman serta mempunyai pengikut yang ramai sekali.

Apakah pegangan kita terhadap dajjal ini? Sebagai umat Nabi Muhammad saw, kita mestilah percaya apa yang disampai Baginda itu adalah benar. Tetapi tidaklah perlu kita menghabiskan masa untuk terlalu mencari tahu siapa itu dajjal dan dari mana ia akan datang dan sebagainya. Yang penting bagi umat Nabi Muhammad saw ialah kita hendaklah sentiasa berwaspada terhadap anasir-anasir perosak yang bertujuan menyesatkan umat dari jalan yang benar. Jauhilah perkara-perkara yang tidak diajar oleh Nabi saw seperti apa yang kita lihat sekarang ini - membunuh sesama manusia tanpa belas kasihan dengan alasan kononnya jihad atas nama Allah dan Nabi-Nya. Bukan ini satu fitnah besar terhadap ajaran Islam?

Jauhilah diri kita dari menjadi pengikut dajjal. Inilah nasihat Rasulullah saw dalam hadithnya yang bermaksud:-
Barangsiapa mendengar ada dajjal, maka hendaklah dia bersembunyi darinya. Demi Allah, ada orang yang mendatanginya dan dia mengira bahawa ia akan tetap beriman lantas dia mengikutinya (dajjal itu) kerana banyaknya subhat yang menyertainya. - Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Al-Hakim

Wallahu'alam bisawab.

Edited at 2015-03-04 09:36 am (UTC)