bunga air pink

Cara Kiraan Fidyah & Qada' Puasa

8 SYAWAL 1432 HIJRIAH

Bagi mereka yang mempunyai hutang puasa fardu Ramadan tetapi gagal untuk mengqada'kannya sehingga datang Ramadan yang baru, maka mereka diwajibkan membayar fidyah di samping tetap mengqada'kan puasa yang dihutang itu. Jika hutang puasa tidak dibayar sehingga beberapa kali Ramadan maka fidyahnya juga akan meningkat mengikut jumlah Ramadan itu. Maka jika tidak mengqada'kan puasa Ramadan tahun demi tahun akan besarlah jumlah fidyah yang ditanggung. Manakala bilangan  hari puasa yang wajib dibayar adalah tetap sama dengan apa yang dihutang dan tidak akan meningkat walau tidak diqada' sekian lama.

Maka itu bagi yang banyak hutang puasanya adalah lebih baik mengqada'kan puasanya terlebih dahalu sebelum membayar fidyah kerana jika puasa tidak selesai dibayar sehingga masuk Ramadan yang baru maka fidyahnya akan bertambah. Fidyah boleh dibayar secara beransur-ansur jika terlalu besar jumlah dan tidak akan bertambah lagi sekiranya semua hutang puasa selesai dibayar sebelum datang Ramadan baru.

Fidyah lebih afdal dibayar dengan beras namun ada fatwah yang membolehkan ianya dibayar dengan wang tetapi mesti diniatkan bayaran fidyah dan pastikan wang itu dibelikan beras untuk fakir miskin kerana bayaran fidyah hanyalah untuk fakir miskin sahaja.

Kiraan fidyah dan qada' bagi yang tidak bayar puasa tepat pada masanya.

Cara kiraan fidyah:-

Bagi tahun pertama Ramadan ~ fidyah = 1 kati beras untuk 1 hari puasa.

Bagi tahun kedua Ramadan ~ fidyah = 2 kati beras untuk 1 hari puasa.

Bagi tahun ketiga Ramadan ~ fidyah = 3 kati beras untuk 1 hari puasa.

Begitulah seterusnya setiap tahun qada' puasa ditangguh akan dinaikkan fidyahnya satu kali. Jika tidak mengqadakkan puasa Ramadan demi Ramadan maka besarlah jumlah fidyahnya.

Contoh : 10 tahun tidak bayar qada' puasa Ramadan bagi wanita haid.
Setiap Ramadan ada hutang puasa (kedatangan haid) yang tidak dibayar sehingga selama 10 kali Ramadan. Hukumnya bagi wanita ini ialah dia wajib qada' dan wajib membayar fidyah.

Caranya ialah bayar qada' puasa yang tertinggal dahulu kemudian bayar fidyah.

Cara kira qada' puasa bagi 10 tahun.
Jika kebiasaan haid wanita tersebut adalah 7 hari, maka bagi 10 kali Ramadan, qada' puasanya ialah :-

7 kali 10 = 70 hari.

70 hari qada' puasa ini mestilah dibayar sebelum datang Ramadan yang baru lagi. Kalau tidak fidyahnya akan meningkat.

Cara kira fidyah bagi 10 tahun.
Bagi Ramadan pertama ~ 1 hari hutang puasa = 1 kati beras kali 10 (tahun)
                                                                          = 10 kati beras
                                           7 hari hutang puasa = 7 hari kali 10 kati beras
                                                                            = 70 kati beras

Bagi Ramadan kedua ~ 1 hari hutang puasa = 1 kati beras kali 9 (tahun)
                                       7 hari hutang puasa = 7 kali 9
                                                                        = 63 kati beras

Bagi Ramadan ketiga ~ 1 hari hutang puasa = 8 kati beras
                                       7 hari hutang puasa = 7 kali 8
                                                                        = 56 kati beras

Bagi Ramadan keempat ~ 1 hari hutang puasa = 7 kati beras
                                           7 hari hutang puasa = 7 kali 7
                                                                            = 49 kati beras

Bagi Ramadan kelima ~ 1 hari hutang puasa = 6 kati beras
                                        7 hari hutang puasa = 7 kali 6
                                                                         = 42 kati beras

Bagi Ramadan keenam ~ 1 hari hutang puasa = 5 kati beras
                                           7 hari hutang puasa = 7 kali 5
                                                                            = 35 kati beras

Bagi Ramadan ketujuh ~ 1 hari hutang puasa = 4 kati beras
                                         7 hari hutang puasa = 7 kali 4
                                                                          = 28 kati beras

Bagi Ramadan kelapan ~ 1 hari hutang puasa = 3 kati beras
                                          7 hari hutang puasa = 7 kali 3
                                                                           = 21 kati beras

Bagi Ramadan kesembilan ~ 1 hari hutang puasa = 2 kati beras
                                                7 hari hutang puasa = 7 kali 2
                                                                                 = 14 kati beras

Bagi Ramdan kesepuluh ~ 1 hari hutang puasa = 1 kati beras
                                            7 hari hutang puasa = 7 kali 1
                                                                             = 7 kati beras

Begitulah kiraan fidyah bagi 10 kali Ramadan yang hutang puasanya tidak dibayar bagi wanita haid 7 hari.

Jumlahkan kesemua bilangan fidyah tersebut dan boleh dinilaikan dengan wang. Nilai wang bergantung kepada harga jenis beras yang biasa dimakan oleh diri seseorang itu. Boleh menggunakan kiranan kilo bagi beras. (kiraan satu kilo adalah lebih sedikit dari satu kati. Lebihan itu dianggap sebagai sedekah.) Bagi contoh di atas tadi jumlah fidyahnya adalah 385 kati beras. Jika beras yang dimakan wanita tersebut berharga $2 sekati atau sekilo, jumlah nilai wangnya adalah seperti berikut:-

                                 385 kati beras kali $2 = $770

Jika mampu bolehlah dilunaskan serentak. Tetapi jika tidak mampu boleh dibayar beransur-ansur walau memakan masa bertahun-tahun dengan syarat qada' puasa sudah pun diselesaikan. Jika qada' belum selesai bilangan fidyah akan meningkat jika masuk ke Ramadan yang baru.

*********************************************************************************
Like this post?

Thank you for reading.
Tags:
(Anonymous)
terima kasih..ilmu ini besar maknanya..