bunga merah jambu

Makruh-Makruh Puasa

18 RAMADAN 1432 HIJRIAH

PERKARA-PERKARA YANG MAKRUH DILAKUKAN DALAM PUASA

Makruh adalah apabila dilakukan tidak berdosa tetapi apabila ditinggalkan akan mendapat pahala. Ada beberapa perkara makruh yang sebaiknya dielakkan semasa kita sedang berpuasa. Perkara-perkara ini jika dilakukan semasa sedang berpuasa tidaklah membatalkan puasa itu tetapi jika tidak dilakukan akan mendapat pahala disamping pahala puasa itu sendiri. Maka seberapa boleh cubalah jauhi perkara-perkara yang makruh ini.

1) Bersugi selepas waktu Zuhur.
Bersugi atau memberus gigi selepas waktu Zuhur adalah makruh. Ini kerana selepas waktu itu para Malaikat akan turun untuk mencium bau mulut orang yang berpuasa. Di sisi ALLAH swt bau mulut orang yang berpuasa itu adalah lebih wangi dari baunya kasturi.

2) Berkomor-komor berlebihan semasa berwuduk.
Adalah baik untuk berwuduk secara biasa ketika sedang berpuasa. Jangan berlebih-lebihan berkomor-komor kerana ditakuti air akan memasuki tekak secara tidak sengaja. Jika disengajakan berkomor-komor yang berlebihan supaya air termasuk ke tekak maka ia akan membatalkan puasa itu.

3) Merasa masakan orang lain.
Walaupun dibolehkan merasa masakan sendiri tetapi adalah makruh merasa masakan orang lain. Sebabnya ialah masakan sendiri adalahnya perlu dirasa kerana ia adalah untuk makanan ramai. Sedangkan masakan orang lain bukanlah tanggungjawab kita untuk merasanya.

4) Kolop sesuatu didalam mulut.
Kolop sesuatu di dalam mulut adalah makruh. Jika tidak ada keperluan adalah lebih baik tidak melakukannya. Tetapi dalam keadaan tertentu jika orang itu merasa tidak tertahan kering mulutnya maka dibolehkan mengulum air batu contohnya, dengan syarat tidak tertelan ke dalam tekaknya.

5) Mencium bau-bauan tanpa sebab.
Bau-bauan termasuklah minyak wangi atau minyak angin. Jika terpaksa menggunakan minyak angin kerana pening atau mabuk tidaklah mengapa digunakan kerana ianya tidak membatalkan.

6) Banyak berludah.
Jangan banyak berludah semasa berpuasa kerana ia boleh memberi mudarat seperti mulut terlalu kering.

7) Berbekam atau derma darah.
Melakukan perkara tersebut adalah makruh kerana ada kemungkinan ia akan memberi mudarat kepada diri. Orang yang berpuasa adalah dalam keadaan lemah maka jika dia mendermakan darahnya, dia mungkin akan bertambah lemah.

8) Lambatkan berbuka.
Segera berbuka adalah sunat yang dituntut. Jika lambat berbuka dengan bersebab ia adalah makruh. Jika sengaja melambatkan buka hukumnya adalah berdosa.

9) Tidak makan sahur.
Makan sahur adalah sunat yang diberatkan. Ia bertujuan menjaga kesihatan diri supaya tidak terlalu lemah di siang hari kelak. Tinggalkan bersahur adalah makruh.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Like this post?
Tags: