bougainvilla

Maksiat Lidah - Menyalahi Janji

16 RABIULAKHIR 1432

Apakah erti janji?
Dalam istilah Islam janji bererti apa yang cakapkan sekarang tetapi ditunaikan kemudian. Sesuatu yang telah dilafazkan sebagai janji tidak boleh diambil mudah. Mungkir janji adalah satu dosa.

Janji wajib ditunaikan seperti mana perintah ALLAH swt di dalam ayat 1 surah al-Maidah, yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, tepatilah semua janji."

Dari hadith Rasulullah saw. yang bermaksud, "Tiga perkara apabila ada pada seseorang munafiklah ia sekalipun dia berpuasa dan bersembahyang."  Tiga perkara itu adalah:-

1) Apabila bercakap dia dusta.
2) Apabila berjanji dia menyalahi (tidak tepati)
3) Apabila diberi amanah dia kianati.

Bagaimana cara supaya kita tidak mungkir janji?
Setiap manusia memang tidak dapat mengelak dari membuat janji. Tetapi kita juga tidak mengetahui apakah halangan yang akan berlaku yang membuatkan kita tidak dapat menunaikan janji yang telah dilafazkan. Maka itu adalah baik dan wajib kita melafazkan kalimah "Insya-ALLAH" setiap kali kita melafazkan sesuatu janji samada ianya janji yang besar atau kecil. Kita tidak boleh merasa yakin bahawa kita pasti dapat menunaikan janji kita kerana perbuatan itu adalah satu kesombongan.

Maka dengan melafazkan kalimah "Insya-ALLAH" kita akan terlepas dari melakukan dosa sekiranya ada sesuatu halangan yang menghalang kita dari menunaikan janji kita. Tetapi kita tidak boleh melafazkan kalimah "Insya-ALLAH" dengan niat sengaja tidak mahu menunaikan janji. Itu adalah satu pembohongan dan setiap pembohongan adalah berdosa.



profile divider
Like this post?

Thank you for reading.