bunga merah jambu

Rahsia-Rahsia ALLAH

16 SAFAR 1432

Ada beberapa perkara yang dirahsiakan ALLAH dari pengetahuan manusia.



  • Dirahsiakan Hismullahil 'azm iaitu Nama Yang Teragung di dalam 99 Asma-Ulhusna. Di dalam 99 nama Asma-Ulhusna terdapat satu nama yang teragung yang sangat disukai ALLAH. Jika nama ini disebut di dalam doa pasti akan terkabul doa itu. Nama itu dirahsiakan ALLAH supaya kita menghafal dan menyebut kesemua 99 nama Asma-Ulhusna itu.



  • Dirahsiakan jatuhnya Lailatul-qdr. Mengikut hadith Nabi saw. Lailatul-qdr jatuh pada malam-malam ganjil 10 hari terakhir bulan Ramadan tetapi tidak dinyatakan dengan jelas dan tepat bilakah hari yang sebenarnya. Tujuannya adalah untuk kita berusaha bersungguh-sungguh melakukan ibadah di sepanjang bulan Ramada yang mulia.



  • Dirahsiakan siapakah Wali ALLAH. Tidak seperti para Nabi dan Rasul yang wajib mengistiharkan diri mereka sebagai Nabi dan Rasul ALLAH, seorang Wali ALLAH tidak mengetahui bahawa diri mereka telah diangkat ke martabat Wali. Maka tidak siapa pun tahu siapakah Wali ALLAh itu dan tidak seorang pun boleh mengistiharkan diri mereka sebagai Wali ALLAH. Tujuannya ialah supaya kita jangan menghina sesama manusia kerana orang yang kita hina ada kemungkinan adalah seorang Wali ALLAH.



  • Dirahsiakan saat terkabul doa di antara waktu masuk matahari petang Khamis sehingga waktu masuk matahari petang Jumaat. Ini adalah antara waktu-waktu yang sangat baik untuk berdoa kerana di masa itu terkandung satu saat yang akan termakbul doa.



  • Dirahsiakan reda NYA di tempat kebaikan. Ertinya kita tidak akan mengetahui kebaikan kita yang manakah yang diredai ALLAH. Maka perbanyakkanlah membuat kebaikan yang kecil mahupun yang besar.



  • Dirahsiakan murka NYA di tempat maksiat. Kita tidak akan tahu keburukan kita yang mana yang mendapat murka ALLAH. Maka sentiasalah menjauhkan diri dari maksiat kecil mahupun besar serta perbanyakkan beristighfar setiap masa.



  • Dirahsiakan solat kita yang manakah yang terbaik. Solat kita yang terbaik tentu akan mendapat balasan yang tinggi dari ALLAH. Dengan merahsiakan solat yang terbaik itu, kita akan sentiasa melakukan solat sebaik mungkin supaya ada solat kita yang akan menjadi yang terbaik kelak.



  • Dirahsiakan balasan puasa hambaNYA. Hanya ALLAH Yang Mengetahui apakan balasan puasa seorang hamba yang beriman. Maka lakukanlah ibadah puasa sebaik mungkin.



  • Dirahsiakan bilakah Hari Kiamat akan berlaku. Setiap orang beriman percaya bahawa Hari Kiamat pasti akan berlaku. ALLAH menyebutnya di dalam al-Quran berulangkali. Namun bilakah ianya akan berlaku tetap menjadi rahsia ALLAH swt.


Like this post?

Thank you for reading.
Tags: