bunga apek

Maksiat Zahir

11 ZULKAEDAH 1431 HIJRIAH


MAKSIAT ZAHIR

Di dalam tubuh manusia terdapat 7 anggota yang kerap melakukan dosa. Sebelum seseorang itu dapat mencapai akhlak yang baik dia mestilah membersihkan dirinya zahir dan batin. Dan sebelum batinnya dibersihkan adalah perlu untuk manusia itu membersihkan zahirnya dari segala maksiat. Dan sebelum dapat membersihkan maksiat zahirnya dia mestilah dahalu mengetahui apakah 7 anggota zahirnya wajib dibersihkan.

Tujuh Maksiat Zahir:-

1) Maksiat Mata
2) Maksiat Telinga
3) Maksiat Lidah
4) Maksiat Tangan
5) Maksiat Perut
6) Maksiat Kemaluan
7) Maksiat Kaki

Dari Imam Ghazali ra. :-
1) Semua anggota zahir adalah kurnia dan nikmat dari ALLAH swt.
2) Semua anggota zahir adalah amanah dari ALLAH yang diwajibkan kita menjaga dan memelihara kegunaannya dijalan yang benar.
3) Syukur nikmat ertinya menggunakan nikmat ALLAH kepada perkara yang disuruh NYA.
4) Kufur nikmat ertinya menggunakn nikmat ALLAH pada jalan yang dimurkaiNYA dan ini bererti satu pengkianatan terhada

Dari dapatlah disimpulkan bahawa anggota tubuh kita merupakan kurnia dari ALLAH swt dan ianya adalah nikmat yang tiada dapat ditukarganti. Maka kurnia dan nikmat ini mestilah dijaga kerana ia adalah amanah dari NYA. Gunakan anggota zahir kita pada jalan yang diredai dan jangan menggunakan anggota-anggota tubuh kita pada jalan maksiat. 


Like this post?