2017

ﺑﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻟﺮﺣﻤﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ

Demi Masa

alarm

thm_Btflywht[A]"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan yang
berpesan-pesan dalam kebenaran dan berpesan-pesan dalam
kesabaran."
-Surah al-'Asr.

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara
1) Sihat sebelum Sakit.
2) Muda sebelum Tua.
3) Kaya sebelum Miskin.
4) Lapang sebelum Sempit.
5) Hidup sebelum Mati.


Field of Flowers Divider from AnimateIt.net


bougainvilla

Maksiat Batin - Hubbud Dunnia (Cintakan Dunia)

18 JAMADILAWAL 1438 HIJRAH

Apakah itu dunia?
Dunia adalah salah satu alam yang dicipta Allah untuk makhluk yang dipilihNya. Makhluk yang dikehendaki hidup di alam dunia ini ialah manusia, jin, iblis, syaitan, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan makhluk-makhluk lain yang tidak diketahui manusia. Dunia telah disediakan dengan segala keperluan makhluk-makhluk Allah ini terutama makhluk manusia.

Firman Allah dalam surah al-A'raf ayat 24, yang bermaksud; "Allah berfirman, 'Turunlah kamu semuanya, dengan keadaan setengah kamu menjadi musuh kepada setengahnya yang lain; dan bagi kamu disediakan tempat kediaman di bumi, dan juga diberi kesenangan hingga ke satu ketika (mati).'"

Allah telah menyediakan segala keperluan makhluknya yang dikehendaki hidup di alam dunia (bumi). Ayat ini juga menerangkan kepada makhluknya termasuk manusia bahawa kehidupan di dunia (bumi) adalah sementara iaitu hingga datang kematian mereka.

Dalam waktu kehidupan dunia yang terbatas masanya itu, manusia diberi berbagai-bagai cara penghidupan. Ada yang senang, ada yang susah, ada yang berjaya, ada pula yang gagal. Ada yang diberi umur panjang, ada yang umurnya sangat pendek. Ada yang berkeluarga besar, ada yang sebatang-kara. Semua kehidupan yang berbagai macam ini telah ditentukan Allah swt. dan merupakan ujian kepada manusia.

Mengapakah cinta kepada dunia menjadi satu maksiat?
Dunia diamanahkan kepada makhluk manusia untuk dimakmurkan. Allah memilih manusia sebagai khalifah di muka bumi kerana manusia adalah satu mahkluk yang dikurniakan dengan akal. Dengan akal manusia dapat berfikir. Dengan fikiran, manusia menjadi bijak. Dengan kebijaksanaan, manusia membangunkan dunia ini menjadi tempat yang indah dan mengembirakan hidup mereka. Semakin bagus hidup di dunia ini semakin manusia suka kepadanya. Lama-kelamaan manusia sangat mencintai kehidupan di dunia ini sehingga lupa tujuan asal mereka dihidupkan di alam dunia.

Dunia adalah tempat persinggahan sebelum manusia memasuki alam seterusnya iaitu alam barzakh. Alam barzakh adalah tempat transit untuk sekelian manusa berkumpul sebelum dipindahkan ke alam yang akhir iaitu alam Mahsyar di mana manusia akan dihisab sebelum diberi balasan yang setimpal bagi amalan baik dan buruk mereka.

Perjalanan yang panjang ini perlu kepada bekalan. Tanpa sebarang bekalan akan sukarlah untuk manusia menghadapi perjalanan menuju ke destinasi terakhir mereka itu. Tempat untuk mengumpul bekalan itu adalah dunia. Maka manusia tidak sepatutnya lupa akan tujuan asal mereka hidup di dunia ini iaitu untuk mengumpul bekalan yang mencukupi bagi menghadapi perjalanan yang panjang menuju ke akhirat.

Jika manusia terlupa tujuan asal ini kerana terlalu leka dengan kehidupan dunia sehingga dunia menjadi tujuan hidup mereka yang utama, ertinya manusia itu telah mencintai kehidupan dunia ini dan lupa akan kehidupan akhiratnya. Mereka akan mengabaikan segala suruhan dan larangan Allah jika ianya menghalang mereka dari menikmati kehidupan dunia. Maka berlakulah berbagai maksiat seperti penipuan, makan riba, penindasan, kekejaman, pemerasan serta sanggup bunuh-membunuh sesama manusia demi mendapat kuasa dan kebendaan dunia.

Allah menerangkan keadaan hidup dunia yang dikejar-kejar manusia melalui firmanNya dalam surah al-Hadid ayat 20, yang bermaksud; "Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah permainan dan hiburan serta perhiasan, juga bermegah-megah di antara kamu serta berlumba-lumba memperbanyakkan harta-benda dan anak-pinak; samalah seperti hujan yang menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya; kemudian tanaman itu bergerak segar; selepas itu engkau melihatnya menjadi kuning; akhirnya ia menjadi hancur dan bersepai; dan di akhirat ada azab yang berat dan keampunan besar serta keredaan dari Allah; dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya".

Allah mengatakan bahawa manusia yang mencintai kesenangan hidup dunia adalah manusia yang telah terpedaya. Terpedaya ertinya ditipu. Yang menipu manusia adalah dunia itu sendiri.

Dalam sebuah riwayat, Sayyidina Abu Bakr menceritakan bahawa beliau berada bersama dengan Nabi Muhammad saw. Ketika Rasulullah saw hendak meminum susu, tiba-tiba keadaan Rasulullah saw seperti menghalau sesuatu. Sayyidina Abu Bakr tercengang lalu bertanya kepada Rasulullah saw; 'Siapakah yang kau halau ya Rasulullah?" Maka bersabda Rasulullah saw, yang bermaksud; "Dunia datang menjelma di hadapanku, aku menghalaunya. Dunia pergi sambil berkata - engkau seorang ya Muhammad terlepas daripadaku. Selain daripadamu tidak akan terlepas daripadaku." - Riwayat at-Tarmizi.

Ertinya setiap dari kita tidak akan terlepas dari tarikan dunia dan terserahlah kepada diri masing-masing bagaimana hendak melayan tarikan dunia itu. Samada kita dapat gunakan dunia dan segala isinya untuk keuntungan akhirat atau kita yang akan menjadi hamba dunia semata-mata dan pulang ke kampung akhirat sebagai orang yang rugi.

Apabila manusia merasai cinta kepada dunia ertinya dia telah memasukkan dan menyimpan dunia di dalam hati kerana rasa cinta itu letaknya di hati. Apabila hati telah dikuasai cinta dia akan sanggup melakukan apa sahaja demi cintanya itu. Cinta kepada dunia akan mendatangkan sifat-sifat keji yang lain seperti tamak, iri hati, cemburu, dengki dan sebagainya. Semua sifat ini menjurus kepada dosa.

Apakah manusia mesti benci dan buang kehidupan dunia?
Allah yang memberi kehidupan dunia untuk manusia. Jadi tidak patut untuk manusia membenci dan membuang kehidupan dunia ini. Sedangkan manusia perlu kepada dunia untuk mencari bekal yang akan dibawa dalam perjalanannya menuju akhirat. Hendaklah kita ambil segala kemudahan hidup di dunia ini untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. Segala usaha dan amalan kita di dunia  ini hendaklah dengan niat kerana Allah. Dengan harta dunia kita boleh mendapat keredaan Allah jika digunakan harta itu pada jalan yang benar seperti melakukan zakat, infak, sedekah, menunaikan fardu haji, membina masjid, sekolah, hospital dan segala yang membawa manfaat kepada kehidupan masyarakat Islam.

Secara ringkas, isikan masa hidup di dunia dengan 3 perkara ini:-
1) Cari bekal akhirat tetapi jangan lupa bekal untuk hidup keluarga di dunia ini.
2) Buat baik kepada semua manusia sepertimana Allah berbuat baik kepada setiap makhlukNya.
3) Jangan buat kerosakkan di muka bumi seperti membakar tumbuhan, membunuh binatang, merosakkan eko-sistem bumi dan sebagainya.

Bagaimana cara untuk menjauhi sifat Hubbud Dunnia?
Para ahli tasauf memberi beberapa panduan untuk kita supaya tidak mencintai dunia sehingga merugikan kehidupan akhirat kelak.

1) Allah dalam hati
Niatkan segala amalan semasa kita hidup di dunia adalah untuk mendapat keredaan Allah semata-mata. Amalan di dunia ini ada dua iaitu:-

      1. Amalan keibadatan seperti solat, puasa, zakat, haji, infak, sedekah, wakaf, tutup aurat, bina masjid dan sebagainya.
      2. Amalan keduniaan seperti bekerja untuk cari nafkah keluarga, uruskan rumahtangga, berniaga, berkahwin dan sebagainya.

Jika semua amalan yang baik diniatkan untuk mendapat keredaan Allah semata-mata pasti akan mendatangkan pahala bagi si pelakunya. Dengan meletakkan Allah di dalam hati, akan bersihlah hati itu dari sifat-sifat kotor seperti hasad dengki, iri hati, sombong, takabbur, riak, bangga diri dan sebagainya kerana segala amalnya adalah hanya untuk Allah semata-mata.

2) Akhirat dalam hati.
Bila hati selalu mengingati akhirat, akan hilanglah minat terhadap kehidupan dunia yang sementara ini. Hati tidak akan gemar kepada perkara-perkara yang melalaikan dan yang tidak memberi manfaat kepada dirinya. Akan dijauhi semua perkara maksiat yang merosakkan hidup. Dia akan sentiada berhati-hati dalam urusan hidupnya kerana tahu bahawa dirinya akan mati pada bila-bila masa sahaja yang dikehendaki Allah.

3) Dunia letak di tangan.
Ertinya tidak terlalu terikat atau tertarik kepada keindahan hidup dunia. Apabila dunia itu diletak di tangan, ia mudah untuk diberi atau mudah hilang. Hatinya tidak terkilan atau sedih atau kesal jika kehilangan atau tidak dapat memiliki dunia itu kerana dunia itu hanya sementara berada di tangannya.

4) Dunia digunakan untuk akhirat.
Apa yang didapat dari dunia seperti harta-benda, anak-pinak, nama, kedudukan, pangkat dan darjat, gunakanlah untuk kepentingan akhirat. Gunaka harta-benda untuk sedekah, infak, waqaf dan sebagainya. Didik anak-anak supaya menjadi manusia berguna kepada masyarakat, negara dan agama. Gunakan nama, kedudukan, pangkat dan darjat untuk membantu orang lain atau menaikkan taraf kehidupan manusia lain yang memerlukan.

Insya-Allah, jika diamalkan perkara-perkara ini, kita dapat menghindar dari sifat hubbud dunnia atau terlalu cinta kepada dunia dan terselamatlah kita dari cengkaman dunia yang merugikan.



Like this post?

Thank you for reading.
bunga ungu

Salam Yang Tidak Wajib Di Jawab

28 RABIULAKHIR 1438 HIJRAH


As-Salam adalah salah satu dari nama-nama Allah yang mulia. As-Salam membawa maksud Yang Maha Pemberi Selamat atau Maha Penyelamat. Maka itu ucapan Assalamu'alaikum membawa maksud keselamatan dari Allah untuk kamu. Ia adalah satu doa dari seorang Muslim kepada saudara Muslimnya yang lain. Ucapan salam adalah penyatu umat kerana ia dapat menimbulkan rasa mesra dan muhibbah antara saudara seIslam. Konsep salam ini tidak ada pada mana-mana agama lain di dunia ini.

Maka itu umat Islam sangatlah digalakkan memberi ucapan salam apabila
1) bertemu
2) ketika masuk ke dalam rumah orang lain
3) ketika masuk ke dalam rumah sendiri samada ada orang atau tidak
4) ketika hendak memulakan majlis atau
5) sebelum memberi ucapan
dan sebagainya.
Salam juga boleh diberi melalui tulisan.

Hukum memberi salam adalah sunat dan akan mendapat pahala. Hukum menjawab salam adalah wajib iaitu berdosa jika tidak dijawab. Apabila menjawab salam, berilah salam yang sama atau yang lebih baik.

Jawab
"Assalamualaikum" dengan:-
1) "Wa'alaikumsalam" atau
2) "Wa'alaikummussalam" atau
3) "Wa'alaikummussalam warahmatullahi wabarakaatuh".

Dalam tulisan tidak mengapa memberi salam dengan kalimah "Salam" dan dijawab juga dengan kalimah "Salam".  Jika di tulis "Assalamualaikum" adalah lebih baik dibalas tulis "Wa'alaikusalam" atau yang lebih baik lagi seperti contoh di atas.

Namun tidak semua salam wajib kita jawab. Ada 5 keadaan di mana kita tidak diwajibkan untuk menjawab salam yang diberi. Malahan ada keadaan yang boleh mendatangkan dosa jika dijawab salam itu.

5 salam yang tidak wajib di jawab.

1) Salam dari orang bukan Islam.
Jika kita yakin orang yang memberi salam itu bukan seorang Islam, maka tidak wajib atas kita menjawab salamnya. Jika orang bukan Islam itu adalah orang yang kita kenal seperti teman kita atau jiran kita dan kita percaya dia memberi salam itu dengan niat baik sebagai tanda hormat kepada agama Islam, maka boleh kita menjawab salam itu dengan lafaz "Wa'alaikum" (untuk kamu juga). Jangan disebut salam kerana Salam adalah nama Allah. Keselamatan dari Allah hanya untuk orang yang beriman kepadaNya. Mereka yang tidak beriman tidak layak menerima doa keselamatan dari Allah.

2) Salam dalam tandas.
Hukum memberi salam dan menjawab salam dalam tandas adalah haram. Berdosa bagi yang memberi salam dan yang menjawab salam itu. Nama Assalam itu adalah nama Allah. Tidak boleh menyebut nama Allah di tempat yang kotor seperti tandas. Begitu juga tidak boleh membaca atau membawa ayat dalam bahasa Arab - Bismillah atau Bismillahir rahmanir rahiim. Keseluruhan ayat al-Qur'an tidak boleh dibaca atau dibawa tulisannya (dalam tulisan al-Qur'an) ke dalam tandas. Boleh bawa telepon bimbit yang mempunyai applikasi al-Qur'an ke dalam tandas dengan syarat apps itu dimatikan terlebih dahulu sebelum memasuki tandas.

3) Salam ketika telah berucap.
Seseorang yang hendak memberi ucapan dalam sesuatu majlis adalah sunat untuk memulakan ucapan itu dengan memberi salam kepada hadirin sebelum dimulakan isi kandungan ucapan tersebut. Hadirin wajiblah menjawab salamnya. Jika dia memulakan ucapan dengan menyebut dahulu perkara-perkara lain kemudian baharu beri salam kepada hadirin, maka hadirin tidak lagi wajib menjawabnya. Hadirin tidak akan dihukum berdosa kerana sudah hilang sunat memberi salam. Namun hadirin tetap boleh mejawab salam itu jika suka (tidak lagi wajib).

4) Salam imam dalam sembahyang jemaah.
Salam imam dalam sembahyang berjemaah tidak wajib dijawab oleh makmum kerana salam itu adalah untuk makhluk lain (Malaikat) bukan untuk para jemaah. Jemaah yang menjawab salam imam akan batal sembahyangnya kerana dikira sebagai berkata-kata dalam sembahyang.

5) Salam yang dibuat gurauan.
Assalam adalah nama Allah. Tidak boleh mempermainkan atau mempersendakan nama Allah. Hukumnya adalah berdosa maka tidaklah kita wajib menjawab salam yang dipersendakan.



Like this post?


Thank you for reading.
Tags:
bunga air merah

Sebab Ramai Wanita Masuk Neraka

18 RABIULAKHIR 1438 HIJRAH

Dari sebuah hadith yang panjang, yang bermaksud:-
Sayyidina Ali karamallahu wajhah berkata,"Aku masuk ke rumah Nabi saw beserta Fatimah lalu kami dapati Beliau sedang menangis tersedu-sedan. Lalu aku bertanya, 'Ya Rasulullah, apa yang membuat Paduka menangis?'
Beliau bersabda, "Hai Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum wanita dari umatku disiksa di neraka dengan bermacam-macam siksaan. Lalu aku menangis kerana terlalu berat siksaan mereka yang aku lihat.

1) Aku melihat wanita digantung dengan rambutnya serta mendidih otaknya.
2) Aku melihat wanita digantung dengan lidahnya serta air panas dituangkan ke dalam mulutnya.
3) Aku melihat wanita diikat kedua-dua belah kakinya hingga ke buah dadanya dan kedua-dua belah tangannya hingga ke umbun rambutnya serta Allah memerintahkan ular dan kala jengking menyengatnya.
4) Aku melihat wanita digantung dengan buah dadanya
5) Aku melihat wanita yang mana kepalanya adalah kepala babi dan badannya badan keledai dan diatasnya beribu-ribu macam azab.
6) Aku melihat wanita dalam rupa anjing. Api dimasukkan ke dalam mulutnya dan keluar dari duburnya serta Malaikat memukul kepalanya dengan palu-palu dari api neraka."


Lalu Fatimah berdiri seraya berkata,'Wahai kekasihku dan buah hatiku, apakah gerangannya perbuatan-perbuatan mereka sehingga diazab begitu rupa?'

Maka Rasulullah saw bersabda, "Wahai anakku,

1) Adapun yang digantung dengan rambutnya ialah kerana dia tidak menutupi rambutnya dari lelaki.
2) Adapun yang digantung dengan lidahnya ialah kerana dia menyakiti suaminya.
3) Adapun yang diikat kedua belah kakinya hingga ke buah dadanya dan kedua tangannya hingga ke umbun kepalanya serta Allah memerintahkan ular dan jengking menyengatnya ialah kerana dia tidak mandi hadas untuk junub dan haidnya dan dia ambil ringan akan solatnya.
4) Adapun yang digantung dengan buah dadanya ialah kerana dia mengotori tempat tidur suaminya.
5) Adapun yang kepalanya kepala babi dan badannya badan keledai ialah kerana dia seorang yang selalu berbohong dan membuat orang bergaduh.
6) Adapun yang berupa anjing api dimasukkan ke dalam mulutnya dan keluar dari duburnya ialah kerana dia selalu mengungkit-ungkit pemberiannya seorang yang hasad.

Wahai anakku, celakalah bagi wanita yang mengingkari suaminya."


Dari hadith ini, dapatlah kita rumuskan bahawa ada 3 sebab utama yang akan memasukkan wanita Muslimah ke dalam neraka. Tiga sebab itu ialah:-

1) Tidak menjaga aurat serta perhiasan diri
Aurat wanita ialah seluruh badan kecuali muka dan telapak (dan belakang) tangan hingga ke pergelangan tangan. Selain dari dua anggota ini seluruh anggota tubuh wanita wajib ditutup apabila berhadapan dengan yang bukan muhrim. Hukum menutup aurat wanita adalah hukum syarak berdasarkan hadith Rasulullah saw dan ayat al-Qur'an.

Dari sebuah hadith riwayat Aisya ra, yang bermaksud bahawasanya Asma binte Abu Bakr masuk menjumpai Rasulullah saw dengan pakaian yang tipis, lantas Rasulullah saw berpaling darinya dan bersabda, yang maksdunya; "Hai Asma, sesungguhnya jika seorang wanita itu sudah sampai usia haid, maka tidak ada yang layak dilihat kecuali ini dan ini," sambil Rasulullah saw menunjuk muka dan telapak tangannya.   - Riwayat Abu Daud dan Baihaqi.

Surah al-Ahzab ayat 59, yang bermaksud; "Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak wanitamu dan wanita-wanita Mukmin supaya mereka menutup kepala dan badan mereka dengan jilbab, yang demikian sekurang-kurangnya supaya mereka dikenal dan tidak disakiti (diganggu pemuda nakal). Dan Allah Maha Pengampun lagi Penyayang."

Surah an-Nur ayat 31, yang bermaksud; "Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan mereka melainkan apa yang ternyata daripadanya, dan hendaklah mereka menutup leher dan dada mereka dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan mereka melainkan kepada yang dihalalkan kepada mereka."

Dari hadith dan 2 ayat  al-Qur'an ini terdapat beberapa panduan untuk Muslimah berpakaian iaitu:-
1) Tutup seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan.
Muka yang boleh dibuka ialah ialah dari garisan anak rambut di dahi hingga ke bawah dagu. Kedua anak telinga wajib juga ditutup. Tangan yang boleh dibuka ialah dari pergelangan tangan ke bawah hingga ke jari-jemari.

2) Labuhkan tudung atau jilbab supaya menutup leher dan dada.
Tutup leher dan dada bukan setakat ditutup supaya tidak boleh dilihat. Tetapi ditutup sehingga tidak terlihat bentuk leher dan dada wanita (buah dadanya) itu. Ertinya tidak boleh ditutup dengan ketat sehingga melihatkan bentuk leher atau bentuk buah dadanya. Malahan pakaian Muslimah itu tidak boleh ketat keseluruhannya.

3) Tutup perhiasan diri kecuali yang nyata.
Apakah itu perhiasan diri wanita?
Ada pendapat yang mengatakan perhiasan diri wanita itu adalah anggota tubuhnya. Muka, leher, buah dada, tangan, kaki dan keseluruhan tubuh wanita mempunyai daya tarikan dan selalu dihias cantik. Semua perhiasan wanita adalah untuk suaminya sahaja dan wajib ditutup dari pandangan orang lain kecuali perhiasan yang nyata sahaja.

Apakah perhiasan yang nyata itu?
Pendapat mengatakan perhiasan yang nyata ialah apa yang terdapat pada muka dan tangan. Kedua-dua anggota ini boleh dibuka maka apa yang ada pada keduanya juga boleh dilihat orang lain. Di muka ada kening, alis mata, mata, hidung, bibir, pipi dan dagu. Ini semua adalah perhiasan wanita yang menjadikan wanita itu menarik dan cantik. Semua ini boleh dilihatkan kepada orang lain dengan syarat muka wanita itu tidak disolek. Wanita hanya boleh bersolek untuk dilihat suami atau mahramnya sahaja. Maka wanita yang bersolek wajiblah menutup mukanya bila di khalayak ramai.

Begitu juga dengan jari-jemari wanita boleh diperlihatkan kepada orang lain dalam keadaan biasa. Tapi jika dihias dengan inai, wajiblah ditutup bila berada di khalayak ramai.

Beberapa perkara yang perlu diketahui oleh sekelian Muslimah:-
1) Berwangi-wangian.
Boleh berwangi-wangian jika di dalam rumah. Tidak boleh berwangi-wangian ketika keluar rumah. Hukumnya adalah haram.

2) Cukur kening.
Tidak boleh cukur kening atau mencabutnya. Hukumnya adalah haram.

3) Menyambung rambut.
Memakai rambut palsu atau rambut extention adalah haram kerana ada motif menipu orang lain.

4) Melonggokkan rambut atau siput rambut tinggi di atas kepala.
Nabi saw melarang wanita melakukan perkara ini kerana ia bukan sahaja menghalang wanita dari masuk ke syurga malahan mencium bau syurga juga tidak boleh.

5) Berpakaian dan berkelakuan seperti lelaki.
Rasulullah saw mengutuk perbuatan demikian. Apa yang dikutuk Rasululah saw adalah perkara yang kutuk Allah juga.

2) Tidak menjaga akhlak
Akhlak merangkumi perbuatan, percakapan dan hati. Ada banyak hadith yang menceritakan tentang wanita yang buruk akhlak dan dihukum tidak masuk syurga oleh Rasulullah saw. Antara cerita itu ialah:-

1) wanita yang tidak memberi makan kucing peliharaannya.
2) wanita yang rajin sembahyang pada malam hari dan berpuasa pada siangnya, tetapi suka menyakiti hati jiran dengan lidahnya.
3) wanita yang berkata bahawa dia tidak nampak satu kebaikan pun dari suaminya.

Akhlak yang  paling buruk ialah yang dibawa oleh lidah. Lidah bukan sahaja boleh menyakiti hati orang lain tetapi juga boleh mendatangkan permusuhan antara sesama sendiri. Tidak dinafikan sifat wanita memang suka bergosip dan suka membanding-bandingkan antara satu dengan yang lain. Dari bergosip akan menjadi mengumpat. Dari membanding-banding akan mendatang hasad, iri hati, cemburu dan dengki. Sifat-sifat buruk ini akan menghapuskan segala amalan soleh kita. Sifat-sifat buruk ini adalah ibarat api yang akan memakan pahala amalan soleh yang dikumpulkan.

Wanita yang mengingkari suami dan suka menyakiti hati suami dan juga yang curang adalah disebabkan akhlak yang buruk. Isteri yang baik dan solehah adalah isteri yang baik akhlaknya.

Maka hendaklah kaum wanita Muslimah sentiasa menjaga akhlak yang baik.

3) Tidak menjaga waktu haid, junub (dan nifas)
Menjaga waktu haid, junub dan juga nifas (bagi wanita yang melahirkan) ada kaitan dengan ibadah sembahyang. Haid, junub dan nifas adalah hadas besar yang menghalang wanita Muslimah dari mengerjakan fardu sembahyang.

Wajib atas setiap wanita Muslimah menjaga waktu hadas besarnya supaya tidak ada waktu sembahyang fardu yang tertinggal secara sengaja atau tidak. Jangan sengaja melambat-lambatkan mandi wajib sehingga tertinggal waktu sembahyang. Begitu juga dengan permulaan darah haid dan permulaan darah nifas mesti diambil tahu supaya tidak ada waktu sembahyang yang tertinggal.

Cara menjaga waktu hadas besar.

1) Jaga waktu junub.
Jika melakukan persetubuhan setelah masuk waktu tetapi belum melaksanakan sembahyang itu, maka apabila selesai mandi wajib hendaklah dilaksanakan fardu itu jika masih ada waktu. Jika sudah terlepas waktu, wajiblah diqadakkan sembahyangnya. Sebaik-baiknya jangan dilambatkan mandi wajib supaya tidak terlepas waktunya. Dan adalah lebih baik lagi melaksanakan dahulu sembahyang fardu jika telah masuk waktu sebelum melakukan persetubuhan.

2) Jaga waktu haid.
Mesti jaga bila waktu haid bermula dan bila ia berakhir.
Jika haid bermula setelah masuk waktu tetapi belum sempat menunaikan sembahyangnya, maka wanita itu berhutang waktu itu. Ertinya dia wajib mengqadhakkan waktu sembahyang itu apabila telah mandi wajib nanti.

Sukar untuk menentukan dengan tepat bila darah haid benar-benar berhenti. Maka hendaklah diundurkan masanya sedikit. Contoh, jika didapati haid telah berhenti pada waktu Subuh ertinya darah haid kemungkinan besar telah berakhir dalam waktu Isyak. Hendaklah dia segera mandi dan  menunaikan sembahyang Subuh secara tunai. Kemudian selepas Subuh atau pada bila-bila masa selepas mandi wajibnya, hendaklah dia mengqadhakkan sembahyang Isyak. Ini adalah lebih selamat supaya tidak ada sembahyang fardu yang ditinggalkan secara tidak sengaaja.

3) Jaga waktu wiladah dan nifas.
Darah nifas ialah darah selepas melahirkan anak. Darah nifas keluar selepas kejadian wiladah (beranak secara normal). Ertinya permulaan darah nifas adalah dalam keadaan wanita itu berhadas besar (wiladah). Maka permulaan darah nifas tidak menjejas waktu sembahyang. Menjaga waktu akhir nifas adalah sama seperti menjaga waktu akhir haid.

Jika wanitai itu melahirkan anak (wiladah) setelah masuk waktu tetapi dia belum sempat melaksanakan sembahyangnya, maka dia berhutang waktu sembahyang itu dan wajib diqadhakkan apabila telah bersuci kelak.

Amal pertama yang akan dihitung di akhirat kelak ialah amalan sembahyang. Maka hendaklah dijaga waktu-waktu semabahyang fardu supaya tidak ada yang tertinggal.



LIke this post?

Thank you for reading.
Tags:
bunga merah jambu

Hukum Kaffarah

4 RABIULAKHIR 1438 HIJRAH

Kaffarah membawa maksud denda sebagai menebus sesuatu kesalahan. Setelah melaksanakan kaffarah, maka dosanya akan terangkat dan diampunkan. Hukum kaffarah adalah wajib.

Ada 7 jenis kaffarah:-

1) Kaffarah Sumpah

Sumpah yang diwajibkan kaffarah ialah sumpah yang menggunakan nama Allah seperti "Demi Allah aku bersumpah..." Jika dia melanggar sumpah tersebut dia dihukum berdosa dan wajiblah melaksanakan kaffarah sebagai penebus dosanya. Atau pun dia ingin melepaskan diri dari sumpah yang pernah dilafazkan, maka wajiblah dia membayar kaffarahnya supaya terlepas dari dosa jika dia melanggar sumpah tersebut. Sumpah yang tidak disebut nama Allah tidak diwajibkan kaffarah.

Kaffarah sumpah:-
1) Beri makan kepada 10 orang miskin atau
2) Beri persalinan (pakaian) kepada 10 orang miskin.

Boleh pilih sama ada hendak beri makan atau beri pakaian kepada 10 orang miskin. Tetapi pemberian itu hendaklah diberi serentak kepada sepuluh orang miskin itu. Ertinya tidak boleh diberi seorang-seorang pada hari-hari yang berbeza.

Jika tiada kemampuan untuk memberi makanan atau pakaian kepada 10 orang miskin, maka hendaklah dia melaksanakan kaffarah yang seterusnya iaitu:-
3) Puasa 3 hari berturut-turut.
Erti berturut-turut ialah tidak boleh putus. Jika puasa batal pada hari ketiga, maka dia wajib mengulang semula puasa itu dari mula.

2) Kaffarah Nazar.
Erti nazar ialah berjanji kepada Allah. Iaitu berjanji kepada Allah untuk melakukan sesuatu kebaikan kerana sebab-sebab tertentu. Tidak boleh bernazar untuk melakukan perkara maksiat atau yang diharamkan. Nazar sedemikian tidak sah dan tidak perlu dikaffarahkan.

Jika melanggar nazar (tidak buat apa yang dijanjikan) atau ingin melepaskan diri dari nazar dia diwajibkan bayar kaffarah yang sama seperti kaffarah sumpah.

3) Kaffarah Zihar
Zihar biasanya terdapat di dalam kebudayaan masyarakat Arab pada masa Rasulullah saw. Zihar ertinya menyamakan anggota tubuh isteri dengan anggota tubuh ibu kandung si suami. Jika seorang suami menziharkan isterinya, maka haram atas suami itu untuk bersatu dengan isterinya. Untuk melepaskan hukum itu dari dirinya, si suami wajiblah membayar kaffarah seperti berikut:-

1) Bebaskan hamba (tidak dipraktikkan lagi).
2) Puasa 2 bulan berturut-turut. (jika batal satu hari wajib diulang dari mula).
3) Beri makan 60 orang miskin serentak.

Kaffarah untuk zihar tidak boleh dipilih ikut suka. Mesti ikut urutan yang ditetapkan. Jika tidak mampu buat yang kaffarah yang pertama baharulah beralih ke kaffarah yang kedua. Begitulah seterusnya.

4) Kaffarah kerana batalkan puasa Ramadan dengan bersetubuh bersama isteri.
Jika melakukan persetubuhan ketika sedang berpuasa Ramadan, puasanya akan batal dan wajib di qadhak semula. Kedua suami isteri dihukum berdosa dan si suami wajib menebus dosa itu dengan kaffarah iaitu:-

1) Puasa 2 bulan penuh berturut-turut. (jika batal wajib diulang semula).

5) Kaffarah kerana batal haji dengan bersetubuh suami-isteri sebelum tahallul awal.
Bersetubuh sebelum tahallul awal, ibadah hajinya dihukum batal dan wajib diqadhak di lain tahun. Kedua-duanya dihukum berdosa dan si suami diwajibkan kaffarah seperti berikut:-

1) Sembelih seekor unta
2) Sembelih 7 ekor kambing.
3) Tafsirkan harga 7 ekor kambing untuk dibeli beras dan disedekah kepada fakir miskin di Mekkah sahaja.
4) Puasa sebanyak berat beras dari harga 7 ekor kambing.

Kaffarah ini tidak boleh dipilih ikut suka hati tetapi wajib ikut urutan yang ditetapkan. Jika tidak mampu kaffarah yang pertama baharu beralih ke kaffarah yang berikutnya.

6) Kaffarah kerana melanggar pantang-larang ihram.
Ada 13 perkara yang dilarang ketika sedang berihram untuk menunaikan ibadah haji. Jika melanggar mana-mana pantang-larang ini, jemaah haji akan dikenakan kaffarah (dam) seperti berikut:-

1) Sembelih seekor kambing.
2) Sedekah 3 gantang (1 kilo) beras kepada fakir miskin di Mekkah sahaja.

Kaffarah ini boleh pilih ikut suka hati, tidak perlu ikut urutannya.

7) Kaffarah Haji Tamatuk.
Yang dinamakan haji tamatuk ialah buat umrah dalam bulan haji bagi orang haji. Jemaah yang menunaikan haji tamaruk wajib membayar kaffarah (dam) seperti berikut:-

1) Sembelih seekor kambing.
2) Puasa 10 hari iaitu puasa 3 hari semasa di Mekkah dan puasa 7 hari lagi apabila telah pulang ke tanahair. Tidak perlu berturut-turut.

Kaffarah untuk haji tamatuk wajib ikut susunan dan tidak boleh pilih ikut suka hati.

Wallahu'alam bisawab.



Like this post?

Thank you for reading.
Tags:
bunga ungu

Hukum Istinjak

29 Rabiulawal 1438 HIJRIAH

Islam adalah satu-satunya agama yang membincangkan soal kebersihan diri setelah mengeluarkan najis (buang air kecil dan air besar). Membersihkan diri dari najis adalah hukum syarak yang diwajibkan ke atas setiap mukhallaf. Membersihkan diri dari najis dinamakan beristinjak (cebuk). Hukum istinjak adalah sebahagian dari hukum fiqh dan menjadi fardu ain atas setiap orang yang hendak melaksanakan ibadah sembahyang. Sembahyang tidak sah jika diri tidak bersih dari najis.

Kepentingan menjaga istinjak
Dari sebuah hadith riwayat Imam Ahmad (dan lain-lain), bahawa Rasulullah saw duduk di tepi sebuah kuburan lalu bersabda yang bermaksud : Ada orang mukmin yang kuburnya disempitkan hingga bertemu tulang rusuk kanan dengan tulang rusuk kirinya. Ada orang kafir yang kuburnya dipenuhi dengan api neraka.

Apa yang dimaksud dengan hadith ini ialah manusia akan menghadapi azab kubur. Salah salah satu azab kubur yang akan dirasakan mayat apabila pertama kali masuk ke kuburnya ialah himpitan kubur. Setiap manusia yang mati akan merasakan himpitan kubur. Bagaimana rasanya himpitan kubur itu bergantung kepada amal sesorang. Orang yang baik amalanya akan merasa himpitan kubur itu seperti pelukan ibunya. Bagi orang yang banyak amal buruk, himpitan kubur akan menghancurkan tulang-belulangnya.

Kubur yang sedang diziarahi oleh Rasulullah saw itu adalah kubur seorang sahabat yang bernama Saat bin Mu'az. Sahabat ini telah berjuang bersama Rasulullah saw tetapi dia tetap menghadapi himpitan kubur yang dahsyat. Apabila ditanya kepada keluarganya apakah yang dilakukan semasa hidupnya sehingga menerima azab himpitan kubur, mereka menyatakan bahawa Saat bin Mu'az suka cuai ketika beristinjak.

Begitulah pentingnya menjaga istinjak pada pandangan Allah sehinga sesiapa yang tidak menjaganya dengan betul akan merasakan himpitan kubur yang begitu dahsyat walaupun manusia itu seorang sahabat Rasulullah saw. Apatah lagi diri kita manusia biasa ini.

** Peringatan untuk kaum Muslimah sekelian:-
Muslimah tetap wajib beristinjak walaupun ketika sedang haid, nifas atau sedang menghadapi darah istihadah atau keputihan yang banyak. Tidak boleh dengan sengaja kita membawa najis pada diri sendiri. Darah haid, istihadah dan keputihan adalah najis yang tidak datang dari kehendak diri kita sendiri. Maka ia dimaafkan.

Cara istinjak yang betul.
Dalam hukum Islam, dibolehkan beristinjak dengan 3 benda iaitu:-
1) batu - digunakan terutama untuk manusia yang tinggal di tempat kering atau padang pasir.
2) benda kesat yang kering - boleh gunakan kertas atau tisu atau toilet paper yang kering bukan yang basah kerana benda basah akan merebakkan lagi najis.
3) air mutlaq - iaitu air yang tidak dicemari dengan benda-benda yang mengeluarkan warna, bau atau rasa.

(Air bekas berwuduk tidak boleh dibuat beristinjak. Air itu dihukum air musta'mal iaitu air yang tidak boleh dibuat ibadah seperti wuduk, mandi wajib, cuci najis dan beristinjak).

Cara istinjak setelah buang air kecil.
1) Istibrak.
Wajib melakuan istibrak setelah selesai buang air kecil. Erti istibrak ialah lepaskan diri sepenuhnya dari najis kencing. Ertinya wajib untuk kita memastikan bahawa tiada lagi air kencing yang masih tertinggal atau tertangkung di saluran kencing. Jika tidak dikeluarkan, air kencing mungkin akan menitis sedikit keluar tanpa kita sedari. Kadangkala ada juga kita merasa seakan hendak terkucil sedangkan kita baharu sahaja membuangnya. Itu adalah petanda masih ada lagi air kencing di saluran kencing yang belum keluar sepenuhnya. Kerana itu wajiblah kita beristibrak.

Cara istibrak orang lelaki.
Orang lelaki biasanya akan berdehem atau batuk 2 atau 3 kali. Ketika berdehem atau batuk, otot dalaman akan mengecut dan menolak angin dalam pundi kencing lalu menolak air kencing yang masih tertinggal itu keluar. Hendaklah melakukan ini beberapa kali sehingga tiada lagi rasa ingin terkucil.

Cara istibrak orang perempuan.
Untuk melakukan istibrak, orang perempuan boleh berdiri selepas membuang air kecil kemudian duduk kembali. Atau boleh juga melakukan pergerakan kecil supaya air kencing yang tertinggal itu turun. Buatlah beberapa kali sehingga tiada lagi rasa hendak terkucil atau tiada lagi air kencing yang keluar bila dia duduk di tandas.

2) Setelah beristibrak bolehlah beristinjak dengan air mutlaq. Jika ada rasa was-was ada anggota tubuh yang terperecik air kencing, hendaklah di basuh bahagian tubuh itu supaya tidak dibawa rasa was-was itu ke dalam sembahyang.

Cara istinjak setelah buang air besar.

1) Setelah selesai buang air besar, boleh gunakan tisu kering atau kertas kesat untuk membersihkan tempat keluar najis sehingga tiada lagi kelihatan kesan najis di atas kertas itu.
2) Gunakan jari tengah (jari hantu) untuk dimasukkan sedikit ke dalam lubang dubur supaya dapat mengeluarkan najis di celah-celah lubang dubur itu.
3) Istinjak dengan air mutlaq sehingga bersih.

Demikianlah cara beristinjak mengikut syarak. Istinjak adalah satu ibadah yang wajib tetapi kita tidak perlu jatuhkan apa-apa niat. Selagi dilakukan mengikut hukum syarak, istinjak itu adalah sah. Balasan bagi orang yang cuai dalam istinjak ialah mendapat azab himpitan kubur yang dahsyat seperti yang diriwayatkan di dalam hadith di atas tadi.

Wallahu'alam bisawab.


Like this post?

Thank you for reading.
Tags:
2017

Syarat-Syarat Wuduk

16 RABIULAWAL 1438 HIJRAH

Wuduk dalam erti hukum syarak ialah mencuci anggota-anggota tubuh yang tertentu dengan niat tertentu. Erti wuduk dalam segi bahasa ialah bersih atau bercahaya. Orang yang sering berwuduk, kelak dia akan dibangkitkan di akhirat dengan anggota-anggota wuduknya bercahaya. Wuduk adalah syarat untuk mendirikan sembahyang. Tidak sah sembahyang tanpa wuduk (kecuali kerana sebab-sebab tertentu).

Setiap ibadah mempunyi syarat-syarat, rukun-rukun, sunat-sunat dan yang membatalkannya.  Ini dinamakan sebagai hukum syarak. Wajib atas setiap orang yang hendak melaksanakan ibadah tahu tentang hukum syarak.

1) Syarat ibadah ertinya perkara-perkara yang mesti sentiasa ada (berkekalan) sepanjang pelaksanaan ibadah tersebut.
2) Rukun ibadah ertinya perkara-perkara yang wajib dibuat di dalam ibadah tetapi tidak semestinya kekal sepanjang ibadah itu dan boleh berubah atau bertukar-ganti.
3) Sunat ibadah ertinya perkara-perkara yang baik dibuat di dalam ibadah itu tetapi jika tertinggal tidak akan membatalkannya.
4) Yang membatalkan ibadah ialah perkara-perkara yang dilarang dilakukan ketika sedang melaksanakan ibadah tersebut.

Syarat-Syarat Wuduk
Syarat-syarat wuduk mesti sentiasa ada pada diri dari mula sehingga selesai pelaksanaan wuduk itu. Jika ada syarat yang gugur, maka wuduk itu menjadi tidak sah.

Syarat wuduk ada 6 perkara:-
1) Islam
Erti Islam ialah berada di dalam dua kalimah syahadah. Ibadah hanya sah dan diterima jika di pelakunya ada sah Islamnya. Jika berlaku perkara-perkara yang boleh menjejas syahadahnya, maka akan gugur taraf Islam dalam dirinya. JIka Islamnya gugur, wuduk juga akan menjadi tidak sah.

2) Mumaiyiz
Ertinya akal yang sihat iaitu dapat membezakan antara yang bersih dan yang kotor.

3) Jangan ada pada anggota wuduk sesuatu yang menghalang air sampai ke kulit.
Jika setelah selesai berwuduk, didapati ada sesuatu yang menghalang air dari kulit pada salah satu anggota wuduk, hendaklah dihilangkan dahulu benda yang menghalang itu. Kemudian diulang semula wuduk itu dari anggota wuduk yang terbatal itu. Tidak perlu mengulang wuduk dari awal.

Contoh: setelah selesai wuduk, terlihat ada bekas plaster di lengan kiri.
Cara mengulang wuduk : bersihkan bekas plaster itu dengan sempurna lalu dibasuh semula lengan kiri, sapu kepala, sapu kedua-dua telinga dan basuh kedua-belah kaki.

Tidak perlu mengulangi wuduk dari mula dan tidak perlu berniat sekali lagi (kecuali jika wuduknya telah terbatal). Anggota wuduk sebelum lengan kiri adalah sah wuduknya. Yang terbatal hanyalah anggota wuduk dari lengan kiri dan selepasnya.

4) Jangan ada pada anggota wuduk sesuatu yang boleh berubah warna air.
Air yang berubah warna dihukum sebagai air musta'mal atau air bekas. Air musta'mal tidak sah dibuat ibadah (wuduk, mandi wajib dan cuci najis).

5) Tahu rukun-rukun wuduk.
Rukun-rukun wuduk adalah perkara-perkara yang wajib dibuat ketika berwuduk. Jika tidak tahu rukun-rukunya, wuduknya menjadi tidak sah.

6) Jangan iktikad (percaya) yang rukun itu adalah sunat.
Ertinya tidak boleh menjadikan perkara-perkara rukun dalam wuduk sebagai sunat. Contoh, menyapu air pada kepala disangka satu perkara sunat sedangkan ia adalah rukun yang wajib. Jika diiktikad sapu kepada sebagai sunat wuduk, maka wuduknya menjadi batal.

Hendaklah kita pastikan dan jaga ke enam-enam syarat ini sentiasa ada pada diri kita apabila kita berwuduk.



Like this post?

Thank you for reading.
Tags:
bunga ungu

Ringkasan Ilmu Tauhid

1 RABIULAWAL 1438 HIJRAH

Ilmu tauhid adalah ilmu mengenal siapa itu Tuhan yang bernama Allah. Mengenal Allah adalah wajib atas setiap mukalaf. Mukalaf ialah orang yang telah baligh, berakal sihat dan telah sampai sampai seruan Agama Islam kepadanya. Tidak sah ibadah jika tidak mengenal siapakah Tuhan yang disembah itu.

Apa erti Tuhan?
Tuhan ialah Yang wajib disembah. Yang tidak wajib disembah adalah alam.
Alam adalah makhluk. Makhluk dicipta Tuhan.
Tuhan tidak dicipta atau dijadikan.

Mengapa kita wajib menyembah Tuhan?
Wajib setiap makhluk menyembah Tuhan kerana Tuhan yang mencipta makhluk. Tuhan mencipta alam (makhluk) dengan sifat ketuhananNya. Sifat ketuhanan tidak boleh ada pada yang alam (makhluk). Maka yang selain Allah tidak layak dan tidak wajib disembah kerana tidak mempunyai sifat-sifat ketuhanan.

Apakah erti sifat ketuhanan?
Sifat ketuhanan adalah sifat-sifat yang ada pada Diri Tuhan sahaja dan tidak boleh ada pada makhluk. Sifat ketuhanan adalah sifat 20 yang wajib ada pada Tuhan semesta alam yang namanya Allah.

20 sifat ketuhanan ini dibahagikan kepada 2 iaitu:-
1) Sifat istighna' - sifat terkaya di sekelian alam.
2) Sifat iftiqaaru - sifat yang dihajati oleh sekelian alam.

Apakah itu Sifat Istighna'
Sifat istighna' membawa maksud sifat-sifat terkaya di seluruh alam  Sifat terkaya ertinya sifat yang tidak perlu kepada sesuatu, tidak harapkan sesuatu, tidak bergantung kepada sesuatu, tidak dari sesuatu dan tidak sama dengan sesuatu.

Sifat istighna' ada 11:-
1) Wujud
Allah ada tanpa dijadikan ertinya tidak perlu kepada pencipta.

2) Qidam
Allah tidak ada mula ertinya Allah tidak perlu kepada masa.

3) Baqa'
Allah kekal ertinya tiada yang boleh musnahkanNya.

4) Mukhalafatuhu Lilhawadith
Allah tidak sama dengan sesuatu jua pun.

5) Qiyaamuhu Binafsihi
Allah tidak perlu kepada apa jua pertolongan dan bantuan.

6) Samaa'
Allah mendengar tanpa perlu kepada telinga.

7) Basar
Allah melihat tanpa perlu kepada mata.

8) Kalam
Allah berkata-kata tanpa perlu suara, huruf dan lidah.

9) Kaunuhu Sami'an
Zat Allah yang mendengar.

10) Kaunuhu Basiran
Zat Allah yang melihat.

11) Kaunuhu Mutakaliman
Zat Allah yang berkata-kata.

Semua sifat-sifat ini adalah sifat terkaya iaitu ia tiada pada makhluk. Sifat-sifat yang 11 ini hanya ada pada Diri Tuhan maka ia dinamakan sifat-sifat ketuhanan.

Apakah itu Sifat Istiqaaru?
Sifat istiqaaru maksudnya sifat-sifat yang alam sangat berhajat kepadanya. Alam adalah makhluk. Makhluk bersifat kekurangan. Kerana ada sifat kekurangan, maka makhluk perlu (berhajat) kepada sifat-sifat Allah yang dinamakan sifat istiqaaru ini.

Sifat istiqaaru ada 9:-
1) Wahdaniah
Alam berhajat kepada Tuhan yang tunggal kerana jika Tuhan itu berbilang (banyak) maka alam akan menjadi berantakan.

2) Qudrah
Alam berhajat kepada kekuasaan Tuhan yang mencipta alam semesta kerana alam tiada kuasa atas dirinya sendiri.

3) Iradah
Alam wujud atas kehendak Tuhan Pecipta alam semesta ini. Tanpa kehendak Allah, alam tidak akan wujud. Maka alam berhajat kepada kehendak Tuhan.

4) Ilmu
Alam wujud dengan keagungan ilmu Tuhan yang mencipta alam semesta ini. Maka alam perlu atau berhajat kepada sifat ilmu Tuhan yang menciptanya.

5) Hayaah
Alam wujud kerana dicipta oleh Tuhan yang Maha Hidup. Maka alam perlu kepada sifat hidup Tuhan yang menciptanya.

6) Kaunuhu Qadiran
Alam berhajat kepada Zat yang Maha Berkuasa di seluruh alam semesta.

7) Kaunuhu Muridan
Alam berhajat kepada Zat yang Maha Berkehendak untuk wujud.

8) Kaunuhu 'Aliman
Alam berhajat kepada Zat yang Maha Mengetahui.

9) Kaunuhu Haiyan
Alam berhajat kepada Zat yang Maha Hidup.

Kesemua sifat iftiqaaru ini sangat diperlukan oleh alam (makhluk) kerana tanpanya, segala isi alam semesta ini tidak akan wujud. Maka itu sifat-sifat istiqaaru dinamakan sebagai sifat ketuhanan kerana inilah sifat yang menjadikan alam dan segala isinya ada.

Sifat ketuhanan istighna' dan iftiqaaru tidak boleh diletakkan dalam diri makhluk. Jika dilakukan, maka dia dihukum syirik.
'Anguzubillahi minzalik.



Like this post?

Thank you for reading.
Tags:
bunga merah jambu

Maksiat Batin - Dengki

15 SAFAR 1438 HIJRAH

Syarat untuk dekatkan diri kepada Allah ialah hati mestilah bersih dari dari sifat-sifat terkeji (mazmummah). Salah satu sifat terkeji yang wajib dibersihkan dari hati orang Mukmin ialah sifat dengki. Sifat ini dikenali juga sebagai hasad atau sering juga dipanggil dengan nama hasad dengki.

Apakah erti dengki?
Dengki ertinya hati tidak senang dengan nikmat atau kesenangan yang diterima orang lain dan hatinya mengharapkan agar nikmat atau kesenangan orang itu hilang darinya dan ditimpa balak pula. Inilah isi hati orang yang mempunyai sifat dengki.

Sifat dengki juga dinamakan sebagai penyakit hati kerana sifat dengki mendatangkan kerosakan pada diri orang yang mempunyai sifat dengki ini. Sifat dengki adalah berasal dari Iblis. Sejarah Iblis dilaknat dan mendapat murka Allah ialah kerana Iblis merasa dengki kepada Nabi Adam as. Iblis yang telah bertaraf sedarjat dengan Malaikat akan dimasukkan ke dalam Neraka Jahannam kelak. Semua amalan soleh Iblis selama beribu tahun musnah kerana dengki. Maka rugilah si Iblis dan anak-cucunya sekelian.

Kerana itu, Nabi Muhammad saw sangat melarang umatnya dari mempunyai sifat dengki ini. Dari Abu Hurairah ra. bahawa Nabi Muhammad saw bersabda, yang bermaksud; "Dengki itu memakan segala kebajikan seperti api memakan kayu yang kering."

Ertinya segala amalan soleh kita akan hangus (hilang) jika di dalam hati ada rasa dengki terhadap orang lain. Selain dari merosakan amal, dengki juga membawa kepada akibat-akibat lain yang merugikan di dunia dan di akhirat.

Akibat-akibat dengki.
1) Dengki akan menimbulkan rasa benci kepada orang yang didengkinya itu. Rasa benci akan mendorong kepada rasa permusuhan. Bila sudah menjadi musuh, akan terjadilah kata-mengata, hina-menghina lalu menaburkan fitnah dan akhirnya menjadi dendam antara satu dengan yang lain.

2) Dengki menimbulkan rasa dukacita yang berpanjangan apabila melihat nikmat dan kesenangan orang lain. Hatinya sedih apabila melihat orang lain dapat berbagai kebaikan bukan dirinya.

3) Dengki dihati akan menghalangnya dari merasa khusyuk dalam ibadah kerana hatinya dipenuhi dengan rasa marah dan benci terhadap manusia lain.

4) Dengki akan menyebabkan senang mendapat penyakit kerana stress atau tekanan perasaan disebabkan rasa dengki. Akan senang mendapat gangguan mental juga.

5) Dengki akan mengakibatkan wajah menjadi cepat kelihatan tua dan kusut disebabkan sering berkerut dan bermasam muka kerana tidak senang hatinya melihat kesenangan orang lain.

6) Dengki akan mendatangkan murka Allah swt kerana orang yang dengki sebenarnya tidak reda dengan takdir Allah dan bersyukur akan nikmat dirinya sendiri yang telah diberi Allah.

7) Dengki hanya merugikan diri kerana segala amal solehnya akan rosak dan dia tetap tidak akan mendapat nikmat orang yang didengkinya itu.

Inilah sebahagian dari akibat-akibat yang merugikan diri dari sebab rasa dengki yang bersarang di dalam hati. Maka wajiblah kita membersihkan hati dari rasa dengki kerana ia amat merugikan kepada diri, agama, amal dan iman kita. Tidak ada sedikitpun kebaikan dari sifat dengki ini kecuali kepada 2 perkara sahaja seperti yang nyatakan dalam sabda Rasulullah saw yang bermaksud; "Tidak ada yang diperbolehkan dalam hasad dengki melainkan 2 perkara iaitu seorang yang dikurniakan harta oleh Allah swt lalu dia belanjakan ke jalan Allah dan orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan oleh Allah swt  kemudian dia amalkan ilmunya itu dan mengajarkannya kepada manusia lain."

Ertinya kita boleh merasa dengki dalam 2 perkara iaitu:-
1) Dengki bila melihat orang lain menggunakan hartanya kepada jalan Allah seperti bersedekah, berinfak, berwaqaf dan sebagainya. Kita dengki kerana kita juga ingin melakukan yang sama tetapi belum mampu.

2) Dengki bila melihat orang lain dapat ilmu yang banyak lalu dia mengamalkannya dan mengajarkan kepada yang lain. Kita dengki kerana kita juga ingin dapat ilmu untuk kebaikan diri sendiri dan dapat dikongsi bersama orang lain tetapi kita belum dapat ilmu itu atau kita tidak pandai.

Kedua-dua jenis dengki ini dibolehkan dengan syarat kita tidak mengharapkan nikmat yang ada pada orang itu hilang dari dirinya.

Selain dari 2 jenis dengki yang dibolehkan ini, hendaklah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk membersihkan hati dari sifat dengki. Bagaimanakah caranya untuk kita bersihkan atau hilangkan rasa dengki dari hati?

Cara-cara untuk hilangkan rasa dengki dalam hati:-
1) Hendaklah sentiasa ingat bahawa yang memberi sesuatu nikmat atau kesenangan atau ilmu adalah Allah swt semata-mata. Firman Allah dalam surah Az-Zukhruf ayat 32, yang bermaksud; "Apakah mereka (berhak) membahagi kurnia Tuhanmu? Kami telah membahagikan mereka kehidupan mereka, dalam kehidupan di dunia ini. Kami telah tinggikan sebahagian dari mereka beberapa darjat supaya sebahagian dari mereka dapat faedah dari sebahagian yang lain dan rahmat Tuhanmu itu lebih baik dari yang mereka kumpulkan."

Allah yang menentukan siapa yang dapat lebih dan siapa yang dapat kurang. Kita hendaklah reda akan ketentuan dan takdir Allah terhadap diri kita. Ini yang dinamakan bersyukur dengan apa yang Allah beri dan jangan dengki terhadap apa yang diberi kepada orang lain.

2) Minta pertolongan dari Allah. Apa juga yang kita inginkan minta dari Allah kerana Allah yang memberi rezeki setiap makhluknya. Hendaklah kita berusaha kemudian berdoa semoga dikurniakan Allah apa yang dihajati. Firman Allah dalam surah An-Nisaa' ayat 32, yang bermaksud; "Mintalah kepada Allah sebahagian dari kurniaNya.."

3) Ingatlah bahawa rasa dengki kita terhadap nikmat orang lain tidak akan menghilangkan nikmat itu dari orang tersebut. Dan dengan rasa dengki kita tidak juga mendatangkan nikmat orang itu kepada diri kita. Sebaliknya, kita hanya akan mendapat dosa dan rosak segala amal soleh yang telah kita usahakan.

4) Ingatlah rasa dengki di hati akan digunakan Syaitan dan Iblis untuk menghasud dan mengapi-apikan kita supaya melakukan perkara yang buruk dari sebab rasa dengki itu seperti mengumpat, memburuk-burukan, memfitnah dan lebih dahsyat lagi membuat sihir kepada orang yang didengki itu.

Maka jangan biarkan kita menjadi mangsa Syaitan dan Iblis dengan membiarkan rasa dengki bersarang dalam hati kita.

Wallahu'alam bisawab.


Like this post?

Thank you for reading.
bunga merah jambu

Mukjizat Al-Qur'an - Jari Manusia

1 SAFAR 1438 HIJRAH

Mukjizat al-Qur'an ialah ilmu. Ilmu yang terdapat di dalam kitab suci ini adalah ilmu yang dapat dibuktikan kebenarannya. Salah satu ilmu yang sangat menakjubkan dari al-Qur'an terdapat dalam surah al-Qiaamah ayat 1 - 4, yang bermaksud; "Aku bersumpah dengan Hari Kiamat. Dan Aku bersumpah dengan nafsu lauwaamah. Patutkah manusia menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya? Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun jarinya."

Ketika wahyu Allah turun menerangkan tentang keadaan manusia yang akan dihidupkan dan dibangkitkan kembali setelah terjadinya kiamat, ramai manusia kafir pada masa itu yang tidak mempercayainya dan mempersoalkan bagaimana orang yang telah mati berkurun-kurun lamanya dan telah hancur tulang-belulangnya dapat dihidupkan kembali? Maka Allah menjawab dalam ayat ini bahawa sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa untuk menghidupkan kembali manusia lengkap dengan jarinya sekali. Allah akan menyusun semula jari-jemari manusia seperti ketika manusia itu hidup di dalam dunia ini.

Para ulama pada masa silam, menerangkan tulang jari-jemari manusia adalah yang paling kecil dari sekelian tulang manusia yang lain. Bukan sahaja tulang jari manusia itu kecil tetapi bilangannya banyak pula. Tulang-temulang ini pastinya telah berkecai dan hancur namun Allah memberitahu manusia bahawa Allah Maha Berkuasa untuk menyusun semula tulang-temulang setiap jari manusia itu dengan sempurna.


piq8yy95T.png

Di zaman mutakhir ini, kita telah mengetahui kepentingan jari kepada kehidupan manusia. Di hujung jari manusia ada tanda atau satu lakaran halus yang dinamakan sebagai "cap jari". Setiap manusia mempunyai cap jari yang unik dan tersendiri dan tidak boleh sama dengan cap jari manusia lain walaupun antara adik-beradik kembar sekali pun. Cap jari telah menjadi tanda identity setiap manusia iaitu manusia dapat dikenali melalui cap jarinya. Seluruh negara di dunia ini menggunakan sistem cap jari ini sebagai satu proses pengenalan setiap individu manusia. Di setiap kad pengenalan kita akan diletakkan cap jari kita sebagai tanda pengenalan diri kita kepada dunia. Dan di akhirat kelak kita akan dihidupkan dan dibangkitkan semula lengkap dengan identity kita (cap jari).



Subhanallah!
Tidak dapat kita bayangkan berapa banyakkah cap jari yang telah dicipta Allah. Bilangannya adalah sebanyak bilangan manusia yang telah lahir dari sejak zaman Nabi Adam as sehinggalah ke saat ini. Dan ia akan bertambah lagi kerana selagi Hari kiamat belum terjadi, umat manusia akan terus dilahirkan dengan setiap mereka akan mempunyai cap jari yang khas yang telah diciptakan Allah untuk mereka. Inilah tanda sifat terkaya Allah pada kejadian iaitu ciptaan Allah swt tiada batasnya.

Ayat al-Qiaamah ini membuktikan bahawa al-Qur'an itu benar-benar datang dari Yang Mencipta alam ini. Mengapa Allah tidak mengatakan akan menyusun semula gigi manusia atau rambut manusia? Kenapa menyusun jari? Kerana pada hujung jari ada tanda identity setiap manusia.

Subhanallah!
Ini adalah salah satu bukti mukjizat al-Qur'an. Rugilah manusia yang enggan percaya kepada kitab suci ini. Wallahu'alam bisawab.



Like this post?

Thank you for reading.